Permintaan Terakhir Suami Ini Buat Si Isteri Serba Salah. Inilah Tindakkan BERANI Isteri Untuk Tunaikan !!!

 

Permintaan Terakhir Suami Ini Buat Si Isteri Serba Salah. Inilah Tindakkan BERANI Isteri Untuk Tunaikan !!! | Setelah hidup dan berjuang memerangi kanser kolon, suami yang nazak ini mengimpikan sesuatu sebelum dia pergi. Si suami ini menginginkan memeluk anaknya yang belum lahir buat pertama dan terakhir kali. Isterinya yang amat berani nekad untuk melahirkan bayi lebih awal daripada sepatutnya, sebagai hadiah terakhir untuk suami tercinta. Lebih menyayat hati, isterinya bersalin bersebelahan suaminya yang nazak.
Mark Aulger daripada Texas merupakan ayah kepada empat anak. Isterinya pula, Diane Aulger sangat yakin yang suaminya akan gembira untuk menyambut anak yang kelima tetapi perkara itu tidak akan berlaku.
Mark Aulger telah dikesan menghidap penyakit paru-paru yang memberi masalah kepada pernafasannya. Harapan untuk hidup pula amatlah nipis. Disebabkan itu, Mark ingin melihat anaknya yang kelima sebelum dirinya pergi.
Sebelum menghidapi masalah pernafasan, Mark melalui kehidupan yang agak sukar kerana telah melalui lapan bulan kemoterapi. Semasa Krismas 2011, doktor telah mengesahkan Mark berjaya menewaskan kanser yang dihidapinya.
Ternyata semua orang gembira dengan perkembangan ini. Tetapi pada sambutan Tahun Baru, Mark dimasukkan hospital kerana tidak boleh bernafas secara tiba-tiba.
Ahli keluarganya dimaklumkan, kemoterapi yang dilaluinya sebelum ini telah memberi kesan kepada paru-parunya dan dia hanya mempunyai masa seminggu untuk hidup. Penyakit paru-paru ini telah memberi masalah pernafasan kepada Mark.
Diane, 31 tahun, sedang sarat mengandung lapan bulan ketika itu. Si isteri yang berani ini membuat keputusan untuk bersalin awal dua minggu sebagai hadiah terakhir buat suaminya. Pada 18 Januari 2012, Diane selamat melahirkan bayi yang kelimanya iaitu Savannah.
Mark pula mencapai impian terakhirnya. Mark menjadi saksi melihat isterinya bersalin dan dapat memegang erat bayi perempuan tersebut. Mark menjadi orang pertama untuk memegang dan memeluk Savannah dan dapat memegangnya selama 45 minit. Esoknya pula dia memeluk sekali lagi untuk seminit dan selepas itu Mark koma. Dua hari kemudian, Mark menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun.
Keberanian dan pengorbanan isteri kepada suaminya ini sangat menyentuh hati. Tindakannya bukan sekadar menunjukkan kasih sayang isteri kepada suami tetapi kasih sayang ibu bapa kepada anaknya.
Cinta, kasih sayang dan perngorbanan merupakan elemen yang akan memberi kebahagiaan dalam hidup. Saksikan video ini, sebuah keluarga yang bahagia melihat seorang bayi dilahirkan dan redha menyaksikan pemergian ayah mereka.

Sumber : http://malaysiatular.com

No comments:

Post a Comment