Ngeri!!! Pakar Arkeologi Temui Mayat Pengamal Ilmu Hitam Dalam Keadaan Baik. Yang Peliknya, Pakar Cakap Mayat Tak Reput Mungkin Kerana Mantera Sihir Yang Dipakainya Itu!
Pakar arkeologi di Thailand telah digemparkan dengan satu berita penemuan rangka yang dipercayai pengamal ilmu hitam di salah sebuah kawasan perkuburan purba. Penemuan yang menakutkan itu berlaku di Mukdahan berdekatan sempadan Thailand-Laos apabila pakar arkeologi menjalankan proses eskavasi semula ke atas tanah perkuburan tersebut.
Gambar dari Exclusivepix Media
Penemuan kulit manusia yang tertera tatu pada rangka manusia berkenaan yang dipercayai ada kaitannya dengan amalan ilmu hitam.
Gambar dari Exclusivepix Media
Di dapati semua organ dalamana mayat berkenaan telah pun menjadi tanah, hanya kulitnya saja yang menggantung longgar di sekitar tulang. Pada kulit mayat itu terdapat banyak tatu hitam dan dipercayai adalah merupakan mantera sihir agar kulit tidak boleh ditembusi.
Gambar dari Exclusivepix Media
Tatu itu berbentuk tulisan Sanskrit merupakan mentera yang digunakan untuk membuatkan kulit berkenaan diawet dan tidak dimamah tanah. Selain mentera, tertera juga gambar harimau pada kulit tersebut.
Bagaimanapun, pertubuhan arkeologi Thailand Goopaitongdaeng Jeemokkho Goopainueng Soonpaed (GORR). mendakwa, tulisan mentera tersebut mungkin penyebab kematian mayat lelaki itu. Jelas pertubuhan berkenaan, tatu itu mungkin menghalang lelaki terbabit menjalani pembedahan selepas mengalami radang usus.
Gambar dari Exclusivepix Media
“Lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan kerana kulitnya sukar dibedah dan akhirnya dia meninggal dunia dalam kesakitan,” kata pertubuhan tersebut. Punca kulit itu tidak terjejas masih lagi tidak diketahui tetapi rata-rata penduduk Thailand percaya kejadian itu ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.
Sumber: lulu-pages.com | mirror.co.uk
===========================
===========================
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment