Gara-gara buang tulang rusuk untuk kelihatan macam patung, lihat 7 foto apa yang terjadi kepada tubuh dan kepala lelaki selepas 1 tahun amat mengerikan

Lelaki yang digelar patung Ken manusia, Mauricio Galdi kini mahu bertindak lebih ekstrem yang mahu empat tulang rusuknya dibuang.

Tindakannya itu dibuat hanya semata-mata mahu memenuhi keinginannya untuk menyerupai patung Ken.

Galdi, 28 yang berasal daripada Brazil sanggup ke Amerika Syarikat untuk berjumpa dengan pakar bedah bagi merealisasikan impiannya itu.


Doktor bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakannya itu boleh membahayakan nyawanya.

Galdi sebelum ini pernah menjalani lapan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan bentuk muka yang sama dengan patung Ken.

Tidak berpuas hati dengan hanya bentuk rupa sahaja, Galdi mahu tubuh badannya turut sama mirip dengan patung mainan yang juga ‘kekasih’ kepada patung mainan Barbie.

Selepas doktor enggan meembuang tulang rusuk Galdi, mereka mahu membantu Galdi dengan menjalankan pembedahan pada dadanya namun bertukar fikiran selepas mendapati pembedahan akan menambahkan kesan parut.

Galdi bukanlah lelaki pertama di Brazil yang mendapat jolokan patung Ken manusia, sebelum dia mendapat jolokan itu, seorang lagi lelaki bernama Celso Santebanes turut menghabiskan sehingga $47,000 untuk pembedahan semata-mata mahu kelihatan seperti pasangan Barbie itu.

Celso bagaimanapun meninggal dunia pada 2015 akibat leukemia ketika berusia 21 tahun.

Sumber: rayakayaraya






No comments:

Post a Comment