Ibu Koyak Slip Keputusan SPM Anak Gara² Tak Dapat 8A. Kisah Anak Ini Buat Ramai SAYU !!!

 

Ibu Koyak Slip Keputusan SPM Anak Gara² Tak Dapat 8A. Kisah Anak Ini Buat Ramai SAYU !!! | Cerita pelajar lulus SPM dengan cemerlang banyak terpampang indah di dada² akhbar. Tetapi pastinya tidak akan pernah disiarkan oleh media realiti yang sebenar, Ramai dikalangan kita tidak tahu kisah para pelajar ‘kelas belakang’ ini yang selalu dipinggirkan, malah dipinggirkan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Nur Farina Abdullah ini, sehingga ada pelajar yang menghubunginya untuk meminta beliau menemankan mereka mengambil slip SPM. Ibu bapa mereka? Langsung tiada minat menunjukkan sokongan pada anak sendiri. Ikuti luahannya:-
“Dari semalam saya berada dalam mode sedih dan kecewa. Semua gara² ini. Sudahlah ada ramai ibu bapa anak² kelas belakang ni tak hadir dengan alasan result si anak hanyalah memalukan dan menyakitkan hati sehingga anak² ini call dan wasap saya supaya hadir temankan mereka ambil result dan bila mendapat slip mereka tak berani nak buka dan serahkan pada saya untuk melihatnya.
Bila saya kata
“TAHNIAH Sayang… Awak LULUS. Layak dapat sijil”
Gembiranya mereka melompat dan memeluk saya malah ada yang menangis kerana tak sangka mereka boleh lulus. Ada juga yang BI dan SAINS mendapat A tapi subjek² lain hanya mendapat C D dan E.
Tapi… sorakan gembira mereka hilang tatkala slip SPM ini sampai ke tangan mak ayah mereka kerana slip mereka itu dikoyakkan seolah² tidak bernilai apa² sedangkan dengan keputusan itu si anak itu boleh diusahakan masuk mana² kursus kemahiran mengikut minat si anak.
Pesan saya… beringatlah… Anak yang anda koyakkan slip SPMnya saat ini mungkin akan menjadi anak yang akan menjaga anda saat anda tak berdaya, mungkin juga anak itu yang akan basuh berak kencing anda sewaktu anda sudah terlalu tua dan uzur kelak. kita usaha jadikan anak kita yang terbaik tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan anak kita.”

No comments:

Post a Comment