Kisah Pemandu Wanita Memandu Awal Pagi Berseorangan Di Highway & Akhirnya … !!!
Kisah Pemandu Wanita Memandu Awal Pagi Berseorangan Di Highway & Akhirnya … !!!| My name is Elly. Sebelum ni aku ade post artikel bertajuk JAM 3 PAGI. Itu berdasarkan kisah benar. Hari tu aku ade terbaca artikel FS bertajuk HENTIAN REHAT LEBUHRAYA. Ia mengingatkan aku kejadian seram suam kuku sewaktu aku drive balik ke dalam 8 tahun lepas.
Aku ni seorang wanita yang suka drive awal pagi balik ke kampung. Kampung aku di Lumut, Perak. So kalau aku drive dari KL ke Lumut, aku akan ikot highway PLUS Utara-Selatan, exit di Bidor. Aku balik ke Lumut, seperti biasa, akan gerak jam 3 atau 4 pagi dari rumah, jadi aku boleh drive bertenang-tenang, dan kebiasaannye akan sampai ke exit Bidor dalam jam 7am. Kalau awal, aku akan rehat di hentian sebelah Ladang Bikam. Kat situ ramai jugak orang melepak tido awal-awal pagi.
Nak dijadikan sebab, pagi tu aku gerak awal. Tepat jam 4.30 am. Aku da singgah drive-thru McD kat Kota Damansara pun, masih awal aku sampai hentian sebelah Ladang Bikam. Aku sampai di situ dalam jam 6.00 am. Aku pun melenakan diri dalam kereta tapi tak lama. Walaupun sebelum tu aku rase sangat mengantuk, tapi hanya lena dalam 15 minit, aku dah rasa sangat puas. Terkebil-kebil mata konon nak tunggu jam 6.45am untuk mulakan perjalan kembali, tapi rasa bosan dan dah tak boleh nak lena lagi. Exit Bidor memang dah tak jauh je pun. So, aku decide untuk teruskan je perjalanan. Waktu baru jam 6.20am macam tu.
Kereta yang dipandu melepasi tol di exit Bidor dalam jam 6.30am. Sambil berangan, aku menyanyi ikut rentak lagu mp3 kereta agak kuat. Tengah sedap drive, sampai area corner lipat kat Ladang Bikam (sesapa yang biase lalu dari Bidor nak ke Teluk Intan ikot jalan Bidor, mesti tau tempat ni, ada replika buah besar kat situ), dan aku masih sedap melalak ikut lagu, tetiba bunyik kuat di atas bumbung kereta. Bunyi seperti buah kelapa jatuh atas bumbung kereta. Serta merta aku senyap!
Pagi tu aku pakai sweater yang ade hud. Slowly aku tarik hud sweater sampai nampak mata je. Terkumat kamit mulut membaca ayat-ayat suci, tetapi bertabur jugak la. Menyesal pun ada time tu. Aku cuma berdoa supaya apepun yang jatuh atas bumbung kereta, tak sergah kat cermin depan.
Rase gerun makin tebal bila tiada kereta lain masa tu. Gelap sangat. Kiri kanan jalan penuh kelapa sawit, dan jarak pokok sawit dengan jalan lingkungan dalam 5 atau 6 meter, sebab ada parit di antara jalan dan pokok sawit tu. Aku jeling kiri kanan, takde nampak pun pokok besar (nak sedapkan hati, konon just dahan jatuh). Aku tengok pokok sawit tu pun takde la setinggi mana, tinggi sikit dari kereta aku je. Dah tu, jalan raya tu tinggi lagi dari kawasan pokok sawit tu. Mula la lagi gerun. Keadaan memang gelap gelita. Lepas tu sayup-sayup aku nampak cahaya dari arah bertentangan. Tak sudah-sudah aku ucapkan
Alhamdulillah dalam hati. Rupanya ade lori besar, kontena kot, dari arah bertentangan. Aku memang pasang lampu tinggi, so bila nampak ade kenderaan lain nak berselisih, aku turunkan lampu tinggi. Tapi bila dah dekat, pemandu lori tu bagi high beam. Bukan sekali, tetapi banyak kali. Aku memang nak nangis dah. Aku dapat rase yang driver lori tu nampak something atas bumbung kete aku. Huhuhuhuhu. Sebab selalu kalau kenderaan berselisih akan bagi sekali dua je high beam, tapi ni banyak kali, sampai la lori tu melepasi kereta aku. Aduhai, siape pulak la tumpang atas bumbung kereta aku nih!
Ape lagi, aku pecut la. Sikit-sikit aku jeling ke arah langit. Harap-harap cepat la cerah. Sambil baca ayat Qursi, aku terus drive tanpa henti. Aku nampak langit dah macam nak cerah, jam da tunjuk jam 7am. Kenderaan lain dah beransur ada di jalan. Lega rase hati. Tapi aku tak berhenti sampai la ke rumah dalam jam 8.15am. Masa nak keluar dari kereta, aku baca ayat apa-apa yang aku tahu, baru keluar dari kereta, terus cek atas bumbung kot ade kesan ape-ape. Hahaha. memang takde kesan ape! Calar ape pun takde! Kalau ikotkan tadi, bunyinye memang boleh lekuk bumbung kereta. Kereta baru cat, tapi takde sikit pun celanya atas bumbung. Aku siap usap lagi bumbung kereta, memang takde sikit pun lekuk dapat di kesan.
Aku tak cerita pada ibu, dah dua tiga minggu baru aku cerita. Sebab confirm kene marah punye lah. Huhuhu. Tapi aku, opkos tak serik travel awal pagi. Selepas kejadian tu pun, masih ade kejadian hampir sama aku lalui. Tapi tak seram sangat. Setakat lalu bawah kereta tu, dah biase. Selagi tak muncul depan muka, InsyaAllah ok lagi.
Nota: mungkin ‘penumpang’ tu tak masuk dalam sebab pagi itu aku loading barang banyak di kerusi penumpang depan dan belakang. Malah memang dah jadi habit, aku loading barang di kerusi penumpang memandangkan aku pemandu single.-Fiksyen Shasha
The post Kisah Pemandu Wanita Memandu Awal Pagi Berseorangan Di Highway & Akhirnya … !!! appeared first on SIAKAP KELL.
Akibat Selalu Berjaga Lewat Malam, Buka Pintu Balkoni & Selak Langsir, Akhirnya Pelajar Perempuan Ini Telah… !!!
Akibat Selalu Berjaga Lewat Malam, Buka Pintu Balkoni & Selak Langsir, Akhirnya Pelajar Perempuan Ini Telah… !!!|Perkara yang terjadi ini tidaklah meyeramkan,namun masih kekal misteri dan tanda tanya. Kejadian mistik berlaku semasa menuntut di Lembah Pantai beberapa tahun yang lalu. Aku dan Sara masih terjaga meski jam lewat ke angka 1 pagi. Kami masih menyiapkan beberapa tugasan sambil ditemani alunan muzik dan hembusan bayu lembut dari luar. Pintu balkoni dan jendela di buka luas dengan kuakkan langsir rapi diikat tepi. Sudah kebiasaan begitu. Pintu masuk bilik dibuka kecil. Tiba-tiba datang Kak Mia menjenguk di ambang pintu.
“Korang belum tidoq ka? Baguih lah,boleh aku lepak sini,” ujar kak Mia. “Masuk je lah kak, kami pun belum ngantok lagi,” sahut Sara lembut. Seperti kebiasaannya, apabila melepak begitu aku akan siapkan hidangan biskut jagung pasaraya dengan air teh o panas dibuat cicah. Kak Mia membuka bicara. “Aku tak tidoq lagi sebab nak kejut abang Fiq korang koi 3 pagi nanti. Ada match Chelsea vs MU”
Umum kami ketahui Kak Mia peminat kipas susah mati Chelsea dan abang Fiq penyokong tegar MU. Jam menginjak ke 2.15 pagi dan kami masih ralit bersembang diatas lantai simen yang kian membeku hingga tiba-tiba aku sepi.
Telingaku cuba fokus dan mencerna apa yang didengar. Sayu rintihan suaranya. Mendayu-dayu lemah gemalai. Saat itu aku fikir mungkin jiran bilik sebelah berlatih gurindam atau syair. Ku amati suara sayu itu. Bukan pemilik suara penghuni sebelah, atas mahupun bawah. Aku mengensot ke muka pintu balkoni, ku panjangkan leher mengintai silauan cahaya kamar sebelah. Ternyata kamar kiri dan kanan gelap gelita petanda bahawa penghuni nyenyak beradu. Ah, sudah!
Baru kusedari, aku diusik manja “si dia”. Suara lunak merdu yang penuh kesyahduan dan kesayuan menerbitkan rasa seram. “Wahai anak…” antara bait yang ku ingat. Bingkas aku bangkit dan sepantas kilat dengan gelabah aku tutup pintu, tingkap dan tirai kamar. Sara dan Kak Mia diam kehairanan melihat tingkahku. Sejurus itu aku terus lari dan melompat atas katil. Aku tarik gebar hingga kepala menutupi seluruh tubuh.
“Weh, hang jangan macam ni. Nanti lagi “dia” suka”, tegur kak Mia sambil goncang kaki aku. Aku duduk dan bertenang. Suasana sepi. Masing-masing mengunci mulut. Kak Mia pulang ke biliknya, aku dan Sara terus tidur. Aku juga sebolehnya mahu melupakan “gurindam” itu. Esok pagi, aku jumpa Kak Mia. Aku mahu penjelasan lanjut,apa maksud ujarannya malam tadi.
“Akak dengar jugak ka?”
“Kenapa akak cakap camtu”
“Dah aku tengok hang gelabah pi tutup semua. Lepaih tu dok lari,lompat ataih katil kelubung. Mesti ada something wrong”
“Akak memang tak dengar la?”
“Tak.. dengaq apa?”
“Perempuan macam syair, bergurindam cakap pasal anak..sayu je kak”
“Yaka weh? Aku tak dengaq, tapi masa tu aku rasa meremang satu badan, tak sedap hati. Tiba-tiba pulak hang buat aksi akrobatik. Sah la perasaan aku tu”
Aku tanya Sara, adakah dia juga mendengar atau merasakan sesuatu. Dia hanya geleng kepala. Hampeh!! Sah, “si dia” mengusik aku seorang. Walau apa pun “dia”, aku syukur hanya mendengar dan bukan melihat jelmaannya. Itulah pengalaman mistik aku yang pertama sebelum ada susulan mistik kedua.
Sumber: Fikyen Shasha
MENGEJUTKAN!!SALUTE!! Baru Je Nyanyi Lima Patah Perkataan, SEMUA JURI SERENTAK PUSING KERUSI Mereka! HEBAT Betul Charlie Luske ni…
Lagu yang dipopularkan oleh James Brown telah dinyanyikan dengan begitu baik sekali sehingga juri memusingkan kerusi mereka dengan harapan agar Chary Luke akan memilih salah seorang daripada juri tersebut untuk berganding bahu bersama dalam rancangan tersebut.
Picit Kaki Anda, Jika Lekukkan Lambat Timbul Dan Kembali Kepada Asal Anda Mungkin Dalam BAHAYA !!!
Picit Kaki Anda, Jika Lekukkan Lambat Timbul Dan Kembali Kepada Asal Anda Mungkin Dalam BAHAYA !!! | Mai hari ni doc nak ajar anda semua jadi “doktor” . Tengok & pegang kaki anda. Picit isi kaki dgn jari anda. Klu ada LEKOKKAN LUBANG ditempat picit tersebut & lubang tu lambat timbul kembali kpd asalnya ….maka anda ada EDEMA iaitu Bengkakkan di kaki. Tu dia..anda in TROUBLE!! Edema ni terjadi krn HIMPUNAN CAIRAN pd bagian2 tubuh anda. Kerap Bengkak edema dikaki sbb efek gravitasi.
Apa Penyebab Kaki Bengkak/ EDEMA?
Anda kena bertindak pantas kalau:
Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha + PENAT = Kemungkinan anda ada MASAALAH / KEGAGALAN JANTUNG.
Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha +/- ke tangan & perut + MUKA BENGKAK MACAM BELON = Kemungkinan anda ada MASAALAH /KEGAGALAN BUAH PINGGANG.
Bengkak EDEMA dari kaki naik ke lutut & ke paha + PERUT BOROI/BUNCIT dgn AIR + MUKA BADAN KUNING ( JAUNDICE) +/- PENAT = Kemungkinan anda ada MASAALAH atau KEGAGALAN LIVER/HATI.
Bengkak EDEMA di kaki je. Cek perut ada BABY…..hihihi = Ni bengkak kaki waktu hamil. Lepas bersalin ok je. Lelaki berkecuali!!
Bengkak EDEMA krn berdiri lama atau travel dlm kenderaan/ kapalterbang terlalu lama. Ni ok je bila angkat kaki masa balik rumah, buh kedua2 kaku atas bantal….besuknya ok je.
Bengkak EDEMA di kaki…ada perandangan/ kemerahan di kaki. Turuti dgn DEMAM = CELLULITIS iaitu kuman infeksi di kulit kaki. Mkn antibiotik. Cek takut ada Kencing Manis.
Bengkak EDEMA dikaki krn ACCIDENT.
Nak buat camana…nama pun accident..kaki kena hentak masa accident…bengkak je le..Kadang2 tulang patah pula tu….Buh Simen pula.
Bengkak EDEMA di kaki…+ URAT2 mcm ular timbul dari kaki ke celah kakang = VERICOSE VEIN. Banyak lagi sbb2 Edema……
Camana Cara Mengubati Kaki bengkak?
- Angkat kaki setiap kali berbaring, iaitu letakkan kaki lebih tinggi dari dada.
- Kurangi makanan garam atau masin.
- Jangan duduk atau berdiri terlalu lama.
- Gunakan stoking khusus pada kaki yg bengkak.
- Jumpa doctor anda untuk pastikan samada EDEMA kaki anda ni bersangkutan penyakit atau tak?
Dah ke picit kaki anda atau kaki keluarga anda? EDEMA kaki anda yang mana satu??
Kredit:- Dr. Abdul Rahim
Sumber : http://amanzingnara.com
KALAU TAKUT JANGAN BUKA !!! Kapal Laut Ini Cuba Menyeberangi Segitiga Bermuda! Namun Apa Yang Dirakamkan Di Kawasan Tersebut Amat Mengejutkan! Lihat apa Yang Dirakamkan,
KALAU TAKUT JANGAN BUKA !!! Kapal Laut Ini Cuba Menyeberangi Segitiga Bermuda! Namun Apa Yang Dirakamkan Di Kawasan Tersebut Amat Mengejutkan! Lihat apa Yang Dirakamkan,
Sumber:citerheboh.com
5x Mengandung Tetapi Semua Keguguran. Jumpa Ustaz Tiba² Muncul Seorang ‘Nenek’ Beritahu Sesuatu !!!
5x Mengandung Tetapi Semua Keguguran. Jumpa Ustaz Tiba² Muncul Seorang ‘Nenek’ Beritahu Sesuatu !!!
5x Mengandung Tetapi Semua Keguguran. Jumpa Ustaz Tiba² Muncul Seorang ‘Nenek’ Beritahu Sesuatu !!! | Membicarakan tentang saka adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Gangguan ‘saka’ adalah jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan.
Gambar Sekadar Hiasan
Seperti perkongsian pusat perubatan ini, seorang wanita tidak sedar dirinya diganggu saka sehinggalah bertemu ustaz ini..Seram!
Keguguran 5 Kali
Aku tinggal di rahim dan makan janinnya
Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
[VIDEO]Saksikan Pertemuan Menyayat Hati Sepasang KEMBAR Yg Telah Terpisah Selama 10 Tahun. Fokus Pada WAJAHNYA !!!
[VIDEO]Saksikan Pertemuan Menyayat Hati Sepasang KEMBAR Yg Telah Terpisah Selama 10 Tahun. Fokus Pada WAJAHNYA !!!| Pernah anda bayangkan jika tiba-tiba anda mendapat berita bahawa anda memiliki pasangan kembar? Selama berpuluh tahun hidup bersama keluarga angkat dan tiba-tiba sahaja mendapati bahawa anda sebenarnya memiliki kembar adalah sebuah berita yang sangat mengejutkan, juga berita yang begitu mengembirakan.
Hal ini terjadi kepada pasangan kembar dari China yang terpisah selama bertahun-tahun dan hanya bertemu semula selepas hampir 10 tahun. Kembar seiras Audrey Doering dan Gracie Rainsberry ketika ditemukan dalam program televisyen Amerika Syarikat, Good Morning America pada saluran ABC.
Mereka tidak tahan menahan sebak dan memeluk antara satu sama lain apabila dipertemukan. Bukan sahaja mereka, penonton yang menyaksikan pertemuan ini juga mengalirkan air mata kegembiraan. Setelah bertahun-tahun terpisah mereka akhirnya dipertemukan semula. Audrey dan Gracie dibesarkan oleh dua keluarga yang berbeza, beribu batu jauhnya. Doerings menetap di Wausau, Winconstin dan Rainsberry pula tinggal Richland, Washington.
Kedua-dua keluarga ini sebenarnya tidak tahu bahawa anak-anak perempuan mereka memiliki kembar sehinggalah suatu hari ibu Audrey, Jennifer Doering menemukan sesuatu di internet ketika sedang mencari hadiah untuk Audrey sempena krismas. Dia mahu memberikan salinan surat khabar China yang berkaitan dengan Audrey supaya dapat mencari keluarga sebenar Audrey. Jeniffer sangat terkejut melihat gambar pasangan kembar perempuan tersebut.
Menurut Jeniffer sebaik sahaja dia melihat gambar itu dia ingin tahu siapakah kanak-kanak yang bersama dengan Audrey itu. Akhirnya media sosial telah menjawab semua pertanyaan itu dan menemukan mereka. Jeniffer akhirnya mengetahui bahawa anak perempuannya memiliki kembar dan dibesarkan oleh sebuah keluarga yang juga dari Amerika Syarikat.
Sumber: MyMukahBlog
kredit http://kisahbenarku.com
Wajah Terkini Adik Yang Dulu Terkenal Dengan Lagu Anuar Zain. Mesti Ramai Lelaki Disana Yang Bergetar Tulang Rusuk Serius Lain GILER !!!
Wajah Terkini Adik Yang Dulu Terkenal Dengan Lagu Anuar Zain. Serius Lain GILER !!! |Dahulu adik comel ini bernama intan elis pernah popular dengan video nyanyian yang mencuit hati siapa pun yang melihatnya. Gelagat serta suaranya yang manja membuatkan ramai terhibur. Baru-baru ini pelawak Achey melalui instagramnya berkongsi beberapa gambar penampilan terkini adik tersebut setelah remaja.
Sumber : IG Achey
Nak “SURPRISE” Mak. Tp Apa Aku Jumpa Dlm Rumah Buat Jantung Aku Hampir GUGUR !!!
Nak “SURPRISE” Mak. Tp Apa Aku Jumpa Dlm Rumah Buat Jantung Aku Hampir GUGUR !!! | Aku nak cerita maybe quit#e panjang sikit. So rajin rajin lah baca. Aku nih sejak dari sekolah memang seorang yg agak keras hati dala#m family. Btw aku a#nak number empat dari lima ad#ik beradik. Aku ada dua abang satu kakak. kaka#k sulung. Masa aku start form 1 sampai lah form 5, aku nih jarang de#ngar ckp mak aku, so memang anak yang degil. aku lebih kepada lepak dengan kawan kawan, and mostly nya lelaki.
Sekadar Gambar Hiasan.
So mak aku cukup tak berkenan lah bila banyak jantan lepak depan rumah, then keluar 2 3 pagi sgt tak elok bagi budak yang masih bersekolah. Okay for short, aku start masuk col#lege masa 18, haa t#me tuh hantu dah kelu#ar hutan, i’m such a #bad b#ad girl. Duduk rumah sewa shah alam, perangai aku teruk gila, sampai nak balik rumah family pun tak, even rumah family kat damans#ara jea. huu. So dalam setahun since 18 to 19 hidup aku enjoy jeaa, study ntah kemana.
One day, aku ada masalah. Masalah nyaa sgt sgt aku jadi mcm rasa betapa bodoh nyaa apa aku buat selama nih, and guess siapa aku cari, Mak. Yea aku call mak aku ckp nak be#rhenti study dengan alasan aku fail final exam, padahal final exam lagi dua minggu beb. So mak aku pun ckp balik lah, duduk dengan dia. Aku pun balik, balik balik kena marah dengan bapak aku sebab aku berh#enti belajar, guess what, mak aku ba#ck up aku. since t#at day, bapak aku sikit pun tak bagi apa apa kat aku, duit jauh sekali. So mak aku yg bnyak bagi aku, lama lama aku aku sedar, and aku berubah. Aku start solat, aku kerja deng#an mak aku dekat company dia, so makin dekat dengan mak. So kat sini life aku dengan mak jea. lama lama aku jadi anak manja mak sampai adik beradik aku ckp apa aku nak semua mak bagi. huu tuh paling seron#ok, bila birthday aku mak bagi kereta and ha#ndphone baru sebab phone aku rosak and aku ckp aku kerja nih jangan bagi aku gaji, aku nak kereta. So sepanjang kerja aku hanya dpt 10 ringgit duit makan tgh hari. yg lain mak support and no gaji.
After 8 month aku duduk dengan mak, aku dpt offer study dekat melaka, so masa tuh course yg aku minat, aku bgthu mak aku nak pegi, tapi mak mcm bagi tak bagi jeaa. at last tgk aku beriya semacam, akhirnya mak bagi jugak. bermula lah life aku kat melaka. Bila kat mel#aka aku study betul betul. Aku nak yakinkan mak aku, and m#ost thing aku tknk kecewa kan dia lagi. study melaka, memang setiap minggu aku balik rumah mak, rasa mcm tak boleh jauh jauh. sampai lecturer aku suruh ikat kaki aku supaya tk balik setiap minggu. haha
Okay start aku dah nak habis belajar, aku balik masa tuh aku mc dua minggu, so aku duduk dgn mak, last day aku nak balik melaka, masa tuh nak hantar mak pegi office baru lepas lunch. Mak tgh drive ckp dengan aku, “adik kalau mak langgar lori nih apa jadi” aku pun ckp, “mat#i lah mak, nak jadi apa lagi” haha dengan gelak. The#n mak jawab, “nak ke mati dengan mak?” Aku ckp,”mati pun tkpe asalkan dengan mak, kalau mak takde adik boleh gila, tapi mak jangan risau, kalau mak takde, dalam kubur mak re#hat jeaa. setiap hari kita bagi mak pahala.” And that was my last co#nversation with her :'( masa aku nak gerak balik melaka, mak tknk aku salam dia, aku kejar and nak salam jugak, dia ckp dia tak ik#hlas nak bagi aku balik melaka. And that was the last day aku jumpa dia :'(
Sumber : http://myberitatular.com
PELIK Ayah X Minta Hantaran Langsung Tp Apa Keluarga Laki Buat Masa Nikah Lebih MENGEJUTKAN !!!
PELIK Ayah X Minta Hantaran Langsung Tp Apa Keluarga Laki Buat Masa Nikah Lebih MENGEJUTKAN !!! | Nama aku Anne. Masa aku kawin dulu (now aku dah ada beberapa orang anak), aku ada Degree. Parents aku tak mintak hantaran. Diorang cuma nak mas kawin saja lebih kurang RM 3k plus (ada simbolik number ni). Hantaran mmg tak ditetapkan. Up to my husband side. Ikut suka hati. Tetapi… Keluarga laki aku kasi jugak belanja kat aku. RM15k.
Sekadar Gambar Hiasan.
Tak termasuk hantaran2 or belanja lain. Ni just hadiah utk aku. Mas kawin pulak dorang up lagi. Instead of RM 3k plus yang bapak aku mintak. Dorg kasi around RM 5k. So in total dekat situ je aku dapat around RM 20k. Tak termasuk belanja lain yang sesetengahnya turut disponsor. Ini mmg aku langsung tak expect and tak mintak. Serious.
Mungkin la keluarga laki aku berkemampuan, tapi moralnya di sini, kalau laki tu mampu, dia akan kasi punya 10k ke 100k ke. Kau takyah mintak. Yang kau dok mintak 10k 15k 20k dah dorang tak mampu. Sampai kena catu makan semua mmg la kesian. Kalau nak yang mampu, cari la yg mampu kasi mcm tu.
Sumber : http://myberitatular.com
Pukul 4 Pagi. Mak Mertua Tiba2 WhatsApp. Apa Yg Diberitahunya Buat Aku TERDUDUK !!!
Pukul 4 Pagi. Mak Mertua Tiba2 WhatsApp. Apa Yg Diberitahunya Buat Aku TERDUDUK !!! | Aku ex iium, kawin time belajar last semester. Nama aku Mila. Husband aku pegawai bank kat selangor. husband aku anak no 2 dan anak kesayangan mak mertua aku. sebelom kami kawen, laki a#ku ada cakap yang mak die x suka orang pan#tai timur. bagi die, org pantai timur ni cakap ntah ap2, x pandai jage diri and selekeh. Nak dijadikan cerita, aku ni org terengganu.
Sekadar Gambar Hiasan
So first things first, die mmg da x suke aku la.sebb orang pantai timor. mase datang merisik pon die terus terang je cakap, susah kalau kawen ngn org pantai timur ni, jaoh dan penat nak drive.tapi disebab#akan anak die da berkenan, die ikotkan jugak walaupon jaoh. Pertama kali aku diamkan jela sebb nak jage hati bakal mertua.
Famili mert#ua aku ni menetap kat arab saudi, madinah. sebb ayah mertua aku kerja kat sane. abang ipar aku ni kahwin dengan menantu pilihan hati mak mertua aku la, orang perak. mase mula2 kawin dulu, aku balik kadang2 la umah maktua aku sebb aku masih lagi belajar. mase tu mak mentua and 2 org lagi anak die da fly to saudi.
Aku ni pulak, jenis yg buat keje banyak2 terus, contohnya, iron baju banyak2, basoh bju banyak2 n masak banyak2 la. orang pntai timo ni kn mmg pandai masak n sedap plak tu. Nak dijadikan cerita, sebulan kawin aku da disahkan mengand#ong. Alhamdullillah,rezeki. aku kene hadap morning sickness yang sangat2 terok sampai aku nk jlan pon x larat. masa cuti semester tu, husband aku baw#ak la aku duk umah mertua aku yg mase tu abang ipar n bini die ngah du#duk jugak. die x nak la tinggalkn aku kat umah mak aku kat terengganu sorang2 sebb aku alahan terok, sush die nak datang n jage aku time tu.
Rumah kami ngah renovate mase tu nk besarkan dapor. so aku setuju. aku duduk la sana, tetapi bini abang ipar aku ni mcm x suka aku dudk kat sane jugak. aku memang x leh nk masak atau buat ap2 time tu. bau minyak n bawang goreng pon x buleh. bau ubat gigi pon x boleh.sampai aku gune ubat gigi budak2 yg kodomo lion tu je tuk berus gigi aku. masok mkanan je terus muntahkn balik. mae tu check in check out hospital je keje aku. So mmg aku x de energy dan mmg tak larat la nak kemas2 umah ke masak ke.
Tapi, aku siap2 da anta dobi baju kerja laki aku ciup gosok da untuk 2 minggu. so keje aku time tu baring jela. Disebabkan aku ni baring je, bini abg ipar aku ni mengadu kat mak mertua aku ni. Cakap aku ni duk sini macm raja, and buat die macm hamba. die cakap aku n#i x iron pon baju laki aku, laki aku pakai je baju yang be#rkedut seribu pehi kerja. Demi Allah, aku tak de pon nak suruh die masakkn ke ap ke untuk aku, sebb aku memang x leh makan ap2 pon.
Mak mentua aku ni wasap aku pg2 bute, dalm kol 4 pagi mcm tu, maki hamun aku cakap aku manje la, mengade la,. die cakp la dulu die pon mengandong jugak boleh je buat keje umah, masak x de pon nak harapkan orang masakkan untuk die. aku nangis la bile die cakp mcm2 kat aku dalm wassep tu. mungkin sebb ngah mengandong kot, emosi lebih. laki aku time tu terkejut la sebb aku nangis sedu sedan, aku bg la die bace wassap mak die tu. laki aku macam bengang la, sebb m#cm mane die boleh tau sedangkn die x de kat sini pon. esoknya, die la tanye abang die, abang die cakp x tau ap2, so sah2 la bini die punyer keje. kami try la tanya secara baik, die x menga#ku, last2 laki die cek wassap die, mmg die yg jadi batu api cerita macam2 kat mak mertua kat sana. Aku and husband aku start hari tu, memang da x cakap ap2 pon biras aku.
Mase nak raya, diornag balik malaysia. ayah mertua aku harap sangt la boleh duduk ramai2 berkumpul ramai2. aku ikotkn la jugak walaupon macam malas la. mase tu aku da ok sikit la, boleh la masak sikit. mase tu plak, diorang ni ambik kesempatan, suruh aku masak macam2. aku dengan perot boyot nye, masak la sorang2 kat dapor sambil menangis. mcam2 aku masak, nak sangt ambik h#ati ayah mertua ak. dah la msak sorang2, bile makanan da hidang, mak mer#tua aku ni x ajak pon aku makan sekali. sedih sangt time tu. ase nak balik je nak mengadu kat mak aku. laki aku ni serba salah, last2 die ajak aku makan dengan die je nanti. da la aku masak, aku hidang, diornag mkn2 pastu tinggal je pinggn mangkok tu atas meja pastu keluar nak g jalan2 . siap pesan lagi kat aku, cuci bersih2 dan keringkan betol2 sebb pinggan tu mahal.
Cube korang pikir hati aku time tu? aku ni menantu ke maid diorang? bukan aku sorang je menantu, die ad lagi 1 menantu dan 1 anak perempuan. tapi semua tu aku sorang yang buat. berpeloh aku duduk kat dapur, sorang2, bila da masak makan nye ramai.
Mak mentua aku mase aku bersalin x datang tengok x kol pon tanye aku n cucu die ok ke x. alasan die jaoh. tup2 aku dapt tau m#enantu kesayangn die seliuh kaki, boleh plak drive ke ipoh semata2 nak tengok. time tu aku memang da terasa hati sangt2. die balik dari bercuti kat istanbul beli mcm2 kat menantu die sorang lagi. tudung ab#aya, tshirt set pinggn mangkok la , bahagian aku, die beli tudung 1 helai je, x beli kn aku baju ke ap ke sebb alasan die x tau size. padahal aku ni size standard je,kalo nak banding ngan menetu die srang lagi yang agak gempal tu. Semua yang aku buar,ad je yang x kene kat mate die. h#ari tu die kol laki aku dari madinah, tanya kenapa belikan minyak wangi dan jam mhal tuk aku? membazir je die cakp. baik belikan die. aku diam je x cakp ap2.
Ntahla, now aku da keje, anak aku da 8 bulan da now, dan da duk umah laki aku. aku da jadi x keruan sebb miggu depan diornag da nak balik sebb nak beraya. tahun ni turn raye umah mak aku kat terengganu. kadan#g2 aku pikir jugak, hine sangt ke orang pantai timor ni dimata orang Johor?? mulia sangt ke diorang yg kaya raya ni berbanding peneroka felda ? kadang2 aku terpikir jugak, kenapa ek orang yg pakai jubah laboh tuudng besa dan diornag da dudk kat madin#ah, kat tnah suci, tapi kenapa still ad sikap negatif mcam tu?? aku tanye jugak laki aku apsal aku, laki aku hanya soh sabar2 sebb die cakp ada balasan dan bahagian oarang2 yang sabar ni.
Aku hmmmm ntah la, x tau la setakat mane leh sabar …. doakan aku supya diberikan sabar yang tertinggi. – Mila via IIUM.
Sumber : http://myberitatular.com
Ketika Saya Kerja Di Sebuah Pasar Raya, Orang Kampung Termasuk Keluarga Hina Saya Sehinggalah….
Ketika Saya Kerja Di Sebuah Pasar Raya, Orang Kampung Termasuk Keluarga Hina Saya Sehinggalah…. | Hari ini sy nak share cerita kehidupan sy dan bukti bahawa perancangan Allah adalah yg super duper terbaik. sy ada dua situasi utk diceritakan. first, soal jodoh. second, soal rezeki.
Gambar Sekadar Hiasan
1. Jodoh
Dulu masa masih student, sy ada becinta bagai nak rak dgn sorg mamat ni. da berjanji sehidup semati. lautan api sanggup kami renangi supaya hubungan kami ni di restui kedua-dua family. sbb kami ni berasal dari dua negeri yg berlainan yg mempunyai adat resam dan budaya yg juga berlainan. walaupun da berjanji gitu gini, dia tinggalkn sy juga without valid reason. masa tu rasa mcm nak mati. rasa mcm terumbang ambing. bila ingat balik, rasa macam how bodoh nya aku dulu. gitu2 la cerita kekeciwaan itu.
Masa tu sy fkir, kenapa Allah takdir kan hidup sy mcm ni? kenapa kami tak dapat bersama? dan macam-macam lagi persoalan sy mempersoalkn takdir Allah (Nauzubillah).
Selepas lebih kurang setahun, sy berkawan rapat dgn seorang lelaki which is he is my husband now. dia bukan lelaki idaman sy. malah banyak sikap dan sifatnya yg bertentangan dgn wishlist sy. kecuali 2, dia tak merokok dan dia sembahyang 5 waktu. kawan mula2, lepas tu kami tukar hubungan kpd tunang dan kahwin. sebelum tunang dan kahwin, kami bercinta about 3 years.
Setelah hidup dengan dia selama bertahun2 ni, baru sy nampak betapa hikmahnya Allah tidak menjadikan hubungan sy dulu dengan lelaki pertama itu hingga ke jinjang pelamin. suami sy ini sangat2 sabar dgn karenah gila sy ni. bukan tu saja, dia juga sangat bersabar dgn karenah keluarga sy yg banyak kali menyusahkan dia. dia sangat memahami. kelakar. nakal. handsome. ahlong sy. hehehe. banyak lagi la yg terbaik pada dia. sy tak rasa, lelaki dulu tu boleh jadi sesabar dia dalam rumah tangga. Jangan-jangan setahun perkahwinan, dia dah ceraikan sy agaknya.
Betapa Allah sygkan sy. Dia sediakn sy masa depan yang baik dengan lelaki yang tidak perfect tapi melengkapi kehidupan sy perfectly.
2. Rezeki
Setelah habis belajar, sy tidak terus dapat kerja tetap. sy bekerja di mana-mana sahaja asalkan mendapat rezeki yg halal. dan sy juga pernah bekerja di TESCO semata-mata utk menampung keperluan harian. masa tu, orang-orang kampung terutamanya memandang serong pd sy. kata mereka, belajar tinggi. last2 keje kt Tesco. sy abaikan kata-kata org. tapi yang paling sakit hati, bila saudara kandung sendiri menghina, mengkeji sy kerana sy tiada kerja yg tetap, tidak berharta. siap halau sy keluar dari rumah mak sbb katanya sy tak layak duduk dalam rumah tu kerana sy jobless and tidak berkereta. sy menangis sungguh-sungguh. sy betul2 terluka masa tu. Alhamdulillah, Allah ubati hati sy. lepas sebulan kejadian penghinaan itu, sy dapat tawaran kerja kerajaan sbg penolong pengarah (boleh google utk gred seorang penolong pengarah).
Kehidupan sy sekarang jauh lebih baik dari orang-orang yang pernah menghina sy dlu. sy da ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, ada suami yg sangat2 sy sayangi dan yang paling penting, sy dapat sumbangkan sedikit kepada parents sy.
Kadang-kadang sy memandu sendiri, menatap langit. sy ingat setiap nikmat yg telah Allah berikan despite perangai sy pada Dia selama ini. betapa perancangan Allah yg terhebat. yang terbaik. yang tercantik. dan sy mula dari itu, sy sentiasa bersangka baik dengan-Nya, yakin dgn perancangan-Nya walaupun adakalanya ada masanya sy terluka, terkecewa, sakit dan sebagainya, sy tetap akan bersangka baik pada Allah.
Sebab itu kawan-kawan, apabila terjadi sesuatu pada kalian, jgn terus melatah. muhasabah diri. kenang kembali segala nikmat yg Allah berikan. Allah tidak akan menyusahkan hamba-Nya. Tidak sesekali. tiap apa yg terjadi, pasti tersembunyi nikmat dan hikmah. sabar dan tabah menunggu reward dari Nya.
Semoga kita beroleh keberkatan . Amin.
bawang putih via IIUM.
Kredit : http://malaysiatular.com
Baru Kerja 3 Hari Syarikat GERGASI Malaysia Dh Kena PECAT. Ramai TERKEJUT Puncanya !!!
Baru Kerja 3 Hari Syarikat GERGASI Malaysia Dh Kena PECAT. Ramai TERKEJUT Puncanya !!! | Salam semua. Terima kasih banyak2 admin to#long siarkan ni. Aku ex-uia, baru grad har#itu. Menunggu convo je ni. Sape yang baca dan rasa2 kenal aku ni, sebab aku dah story kat be#berapa orang, harap dirahsiakan la ye eh.
Sekadar gambar hiasan je ye.
Sejak grad haritu, hampir setiap hari keje aku gode#k internet, mencari kerja kosong. Almaklumlah, study pun course orang tak penah dengar. Carik kerja pun susah. Berbulan lamanya menganggur. Nak tak nak, duit simpanan sepanjang belajar dah habis, terpaksa lah a#ku pulang ke rumah, kampung halaman walaupun takde keje.
Nak dijadikan cerita, sedang kawan2 seangkatan aku dipanggil interview ke hulu-ke hilir, tak lupa juga ada yang dah jadi somebody big walau baru grad, rezeki masing2 kan, aku pula baru dapat diterima kerja seba#gai temporary staff kat salah satu priv#ate company yang besar gila bapak kat Malaysia ni, dan menempa nama di dunia jugaklah. But only as temporary staff. Diorang terima aku pun sebab takde pilihan, terpaksa, tak cukup orang. Interview tak sam#pai 5 minit. Gaji pun minimum, only RM1k. Oklah, aku pun fresh grad, takde pengalaman. Belajar dari bawah. Sign contract until end of this year.
Maka, bermul#alah episod aku di dunia realiti.
Boss aku ada tanye staff dia, kenapa orang selalu lari dari company ni? Even the permanent staff quit, gaji banyak. Temps apatah lagi. Kejap2 lari, ganti orang. Aku pun pel#ik, company ni punye lah famous dan gah. Takat nak lo#mpat gaji dari 1k ke 5k tu sekejap je. Serius, satu dunia tau. Hakikatnya, bila aku kerja, baru aku tau kenapa orang lari…
Bila aku start keje je. Boss aku tu suka menghina dan merendah2kan staff dia. Macam2 dia cakap, racist, takde hormat sikit pun. Pulak tu, aku dari UIA. Asyik kena bahan je. Aku tengah buat kerja senyap2, dia tiba2 shotgun aku, too Islamic lah, too nerd, confirm masuk Neraka. Wadeheck man? Dia memang takde sensitivi#ty bab religion ni. Aku tak penah clubb#ing, tak penah minum arak. Orang lain kat company tu sangat open. Perempuan merokok. Staff in open relationship. Semua orang merokok, aku pulak tak smoke, tak tahan asap rokok. Homo#sexu#al relationship macam takde ape, common. Scandal lagiii lah normal. How did I knew this kind of story? Diorang bercerita tak sorok pun. Bak kata boss aku tu, bitching (whining) all around.
Work station aku, meja aku nuuun jauh duduk sorang-sorang kat tepi pintu. Orang lain semua diletakkan berkumpul. Diorang get along just fine, sembang-sembang. Aku angkat kepala baru senyum, tring to blend in. Kena marah dengan bos and senior kat situ#, sambung buat kerja. Walhal aku kerja non-stop dari pagi, nak rehat pun dia tak bagi (lapar siot, kena tahan sampai 6.30 baru habis kerja, boleh balik), diorang lak boleh breakfast, lunch, b#reak untuk smo#ke, etc.
On the 3rd day, aku dah tak tahan. Memang tak selesa ker#ja kat situ. Kena pulau dengan semua orang. Staff sosial gila. Not to mention, line kerja aku ni nanti kena masuk pub where they serve liquor, alchohol. Bos pulak asyik maki hamun, ins#ulting for fun, tanye soalan yang 18 sx, pl & pa. Aku ni agak cacat fizikal sikit, dia panggil aku budak OKU. Terus aku snap. I want to quit. Tapi dia tak bagi aku quit.
So, aku terus contact HR. Either aku terus kerja kat situ, or we terminate (pecat) aku, which will burukkan rekod aku yang masih fresh ni. Nanti akan susah cari kerja lain.
Aku tak fikir panjang. Terus aku lari dari situ. Dalam 3 hari, rasa macam takde maruah di hina dan dipermainkan. Boleh p#ulak tu melawak pasal agama? Serius aku rasa macam hellhole je 3 hari tu. Pub? Aku mula memperso#alkan hukum-hakam, boleh ke tak line kerja aku ni. Ala-ala clerk je, tapi is it fine? Tak sanggup aku amik risiko. Silap langkah, berdosa.
Aku tulis berterabur betul. Lama tak mengarang. Banyak lagi yang jadi dalam tempoh 3 hari tu. Tapi tak dapat story semua. So, in the end, aku kem#bali menganggur.. Mohon tolong basuh aku ni. Aku tak tau tindakan aku ni betul ke tak. Aku perlukan nasihat. Terima kasih. – Encik Tiang via IIUM.
[VIDEO]Anak & Ayah Menjumpai Satu Lubang Misteri. Setelah Nekad, Mereka Cuba Mengeluarkan “Sesuatu” Didalamnya. Apa Yg Keluar MENGEJUTKAN !!!
Anak & Ayah Menjumpai Satu Lubang Misteri. Setelah Nekad, Mereka Cuba Mengeluarkan “Sesuatu” Didalamnya. Apa Yg Keluar MENGEJUTKAN !!!| Lukas merupakan seorang anak yang sedikit penakut. Maka, dalam usaha untuk memberanikan anaknya itu, ayah Lukas mengajaknya untuk beriadah di luar rumah. Pada suatu hari, sedang mereka beriadah di tepi danau sungai, mereka terjumpa satu lubang yang sangat aneh. Lubang itu juga mengeluarkan buih-buih.
Apabila mereka berdua melihat lubang aneh ini, ayah Lukas menyangka anaknya itu tidak berani untuk mendekatinya. Akan tetapi, tindakan Lukas untuk melihat dengan lebih dekat apa yang berada di dalam lubang itu mengejutkan ayahnya.
Walaupun Lukas tidak begitu berani, dia tetap cuba untuk menyelukkan tangan ke dalam lubang tersebut. Ayah Lukas bersiap sedia di belakang anak lelakinya itu, menantikan apa yang bakal mereka temui di dalam lubang itu.
Apabila Lukas berjaya memegang hidupan yang berada di dalam lubang itu, dia sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berada dalam pegangannya itu. Dia agak risau sekiranya ia adalah seekor ular. Tetapi dengan sedikit bantuan daripada ayahnya, Lukas berjaya untuk menarik raksasa itu keluar.
Apabila raksasa itu berjaya dikeluarkan, barulah mereka dapat melihat sendiri rupanya yang sebenar. Ternyata, ianya seekor ikan keli yang sangat besar! Lukas telah berjaya mengatasi ketakutannya dan menarik ikan ini keluar! Ayah Lukas nampaknya begitu bangga dengan anaknya itu.
Pesan ayahnya kepada Lukas, ‘sebenarnya segala ketakutan dan kelemahan kita itu tidak menakutkan, asalkan kita sendiri berani untuk mengatasinya’. Ayahnya berpesan lagi, ‘walaupun kita menghadapi kesusahan, anggaplah ianya seperti permainan bola sepak sahaja. Kita seharusnya berusaha untuk terus maju ke hadapan, melepasi segala rintangan’.
Kisah Lukas ini bersama dengan pesanan penuh makna ayahnya itu diharap menjadi satu pengajaran dan contoh buat semua pembaca di luar sana.
Sumber: EraBaru
Inilah Nasib Yang Diterima Ong Kim Swee Setelah Mario Gomez Dilantik Jurulatih Baru Harimau Malaya
Gomez Sah Jurulatih HM, OKS Jurulatih B-22
"Mario Gomez akan jadi jurulatih kebangsaan & Datuk Ong Kim Swee pengendali skuad B-22 negara." - Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
#GempakNews : Allahu, sedihnya tengok Nora.... Rupanya rasa tak sedap hati Nora adalah petanda suaminya pergi dahulu.... Semoga Nora tabah.. Al-Fatihah, semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman..
Nora berkata, dia tidak ralat suami pergi meninggalkannya kerana sempat bersalam, meminta maaf dan mencium tangan Allahyarham buat kali terakhir.
"Malam tadi, sebelum pulang ke rumah kami sempat berbual seperti biasa dan saya minta izin daripada arwah untuk pulang kerana pihak hospital tidak membenarkan saya untuk menemani suami.
"Dia benarkan saya pulang dan hati tidak sedap sepanjang malam sehinggalah saya menerima panggilan telefon daripada hospital," katanya sebak.
Tambah Nora, dia dan arwah suami telah merancang untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-25 pada 9 April ini.
"Macam-macam yang kami rancang, dia kata nak pakai tuksedo dan saya akan memakai baju pengantin untuk mengenang kembali memori ketika majlis perkahwinan kami dahulu.
"Majlis itu diadakan serentak dengan showcase saya sepatutnya.
"Tetapi itulah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Saya reda dia pergi di hari yang baik, pada waktu yang baik.
"Saya akan selalu merindui dia. Mati hidup balik pun saya tak akan jumpa lelaki seperti Johan," katanya gagal menahan sebak.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia akan terus kuat untuk anak-anaknya dan meneruskan perniagaan yang dijalankan suami.
"Saya akan meneruskan perniagaan kami, lebih-lebih lagi 'Ummi' kerana dia mahu lihat produk tersebut berjaya," katanya.
Johan dibawa ke Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby pada pukul 10 malam tadi sebelum dimasukkan ke wad kecemasan pada 11.30 malam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.30 pagi tadi dan jenazah di bawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat hari ini.
Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!! |
Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!! |
Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80an datang ke dalam bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya. Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti memarahi bapanya yang kelihatan sudah sedikit nyanyuk, namun masih petah berbicara.
Gambar Sekadar Hiasan
Pesakit tua tersebut mengalami masalah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan, mungkin kerana nyanyuk, ubat kencing manis dan darah tinggi beliau sy lihat sudah bercampur aduk. Timbul rasa kasihan dan simpati, saya pon menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ubat darah tinggi dan kencing manis tepat pada waktunya agar pesakit tidak lagi kepeningan.
Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa risiko lain, saya pon bersetuju utk memberikan suntikan utk menghilangkan pening supaya pesakit dapat pulang dalam keadaan selesa.
Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menengking bapanya. Bayangkan seorang tua yg sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar2, dan suara yang lemah, pesakit itu berkata, “Doktor, injection kasi mati ada tak?”…Anaknya yang sedari tadi menengking2 kini terdiam. Termasuk saya.
Bagi menenangkan pesakit itu, saya bertanya, “Kenapa pakcik mau itu injection?” Dia menjawab, “Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja” Allahu.. lihatlah betapa hati dan perasaan orang tua ini sudah begitu remuk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggip hidup.
Saya menenangkan pesakit dan anaknya lagi, ” Pakcik, masa you kecik, you sudah jaga you punya anak baik2 sampai besar, sekarang dia sudah besar, dia punya turn la jaga you maa.. Jangan sedih2 ok?”
Beliau tidak menjawab, hanya dengan berlinangan air mata beliau mengangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yg melampaui batas sebentar tadi.
Sampai saat hendak keluar, pesakit tidak henti2 mengucapkan terima kasih, dan anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.
Wahai anak2, berbaktilah kepada kedua ibu bapamu, janganlah pernah jemu melontarkan kata2 yang lembut kepadanya, dan jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.
Kepada mereka yg baru bergelar ibu bapa pula, janganlah pernah melemparkan kata2 kesat terhadap anak anda semasa mereka kecil, mana tau nanti saat anda sudah tua tidak berdaya, mereka pula akan melayan anda dengan kasar hasil perbuatan anda sendiri suatu ketika dahulu.
P/s: Cerita di atas adalah kisah benar dan tiada yg benar melainkan yg benar belaka, peringatan buat kita semua.
Saja Tanya SIMPANAN Pekerja Bangla Ni. Jawapannya Buat Ramai Doktor TERKEDU !!!
Saja Tanya SIMPANAN Pekerja Bangla Ni. Jawapannya Buat Ramai Doktor TERKEDU !!! | Seperti diceritakan oleh FB Azemi Ali (LINK). Usai urusan di Public Mutual Kuantan, saya bergerak balik ke kampung di Terengganu untuk jumpa ibu dan abang. Singgah untuk mengisi minyak. Saya dilayan oleh Bipul, seorang pekerja Bangladesh di Stesen Minyak Petronas Jalan Ubi Kuantan.
Sekadar Gambar Hiasan.
Tergerak untuk bertanya kepadanya Sudah lama kerja di Malaysia?
9 tahun
Lamanya
Datang sini umur 21 tahun. Sekarang umur sudah 30.
Saya pernah jumpa pekerja Bangladesh di Madinah. Dia pandai cakap melayu. Tak mahu kerja di sana saya bertanya.
Bukan semua orang boleh kerja di Mekah dan Madinah. Itu rezeki dia. Satu yang tak best kerja di Arab Saudi, tiada gaji minima. Semua ditentukan majikan. Kerajaan tak masuk campur. Nasiblah dapat 200 riyal sebulan. Bipul terangkan dengan panjang lebar.
Memang benar gaji pekerja Bangla di Saudi sekitar 200 Riyal. Saya pernah tanya seorang pekerja Bangla di Madinah.
Di Malaysia ada gaji minima rm900. Gaji saya sekarang rm1,050. Tahun depan rm1,150. Naik gaji. Itu gaji basic. tambah Bipul sambil tersenyum.
Berapa OT sebulan?
Dalam rm650
Saya buat conggakan. Gaji Bipul rm1,700 sebulan.
Sebulan berapa simpan?
Seribu lebih boleh
Wah! Seorang pekerja Bangla boleh simpan rm1,000.00 sebulan. Setahun RM12,000. Dah 9 Tahun Di Malaysia, so dia dah ada RM108,000 !!!!!
Sebelum jumpa Bipul tadi, business partner saya maklumkan yang ada kawan beliau yang gaji rm8,000.00 sebulan tak mampu buat simpanan rm200.00 sebulan.
Apa beza mereka berdua ?
Gaji kecil simpan banyak, gaji besar tiada simpanan.
Bezanya cara fikir. Mentaliti.
Bipul orang dagang. Datang beribu-ribu kilometer jauhnya untuk cari nafkah. Setiap sen amat bernilai. Setiap sen yang diterima disimpan atau digunakan sebaik mungkin. Jika tidak disimpan rezeki hari ini, rezeki esok belum tentu.
Orang kita bergaji besar tidak buat simpanan kerana berada di tahap selesa. Merasakan setiap bulan gaji besar akan masuk akaun bank.
Biasanya mereka belajar tinggi dan bertungkus lumus masa belajar dulu. Bila bekerja mereka mahu tebus susah payah dahulu dengan kesenangan sekarang. Tiada istilah Tangguhkan Kepuasan (Delayed Gratification) bagi mereka. Semua mahu sekarang.
Jangan lupa ada ramai orang kita bergaji besar hilang sumber pendapatan bila ada VSS atau MSS. Lebih teruk bila mereka tiada simpanan.
Pada tahun 1965, sebuah universiti terkemukan dunia telah buat The Marshmellow Experiment. Sekumpulan kanak-kanak sekitar umur 4-5 tahun diletakkan dalam sebulan bilik dan diberi satu marshmelo tang enak.
Satu syarat diberi, anak-anak yang tidak makan marsmelo dalam masa 30 minit akan diberi satu lagi marsmelo tambahan.
Selepas 30 minit, ramai yang tewas dengan memakan marsmelo yang ada dan tidak dapat makan marsmelo tambahan.
Hanya sebahagian kecil dapat ganjaran.
Dari kajian ini, dapatan utama ialah Menangguhkan Kepuasan adalah satu faktor besar dalam kejayaan seseorang individu.
Mereka yang dapat tangguhkan kepuasan berbelanja sekarang dan membuat simpanan akan lebih berjaya dari segi kewangan pada masa depan.
Orang yang dapat tangguhkan kepuasan menonton tv dan mengulangkaji pelajaran akan lebih berjaya dapam akademik pada masa akan datang.
Universiti ini menjejak kanak-kanak ini selama 40 tahun sehingga mereka dewasa. Hasil kajian mendapati anak-anak yang berjaya tangguhkan makan marshmelo menjadi sangat berjaya dalam hidup mereka.
Tukar mentaliti. Ubah cara fikir. Jadilah seperti orang dagang. Buat simpanan untuk masa depan.
Share jika bermanfaat. KREDIT FB Azemi Ali (LINK)
Sumber: sayaluvislam
Subscribe to:
Posts (Atom)