Apa Benda Putih Kuning Keluar Dari Jerawat Kita? Kami pasti walaupun sebersih mana muka anda sekarang ini, pasti anda pernah mempunyai jerawat bukan? Tahukah korang apa benda putih kuning yang keluar dari jerawat kita apabila dipicit? Biasanya apabila benda itu berjaya dikeluarkan, jerawat kita akan hilang dan sembuh bukan? Tapi tahukah korang apa benda itu?
Kalau tak tahu, tidak apa, biar kami terangkan untuk anda. Sebenarnya benda itu adalah rembesan dari sebum (jerawat). Lemak di wajah yang dirembeskan dari kulit kita biasanya berwarna putih kuning dan rembesan yang berlebihan akan menyebabkan ruang pori-pori tersumbat dan terjadilah jerawat (pimple).Benda putih kuning itu sebenarnya terbentuk disebabkan kalenjar sebum kulit kita merembeskan minyak secara berlebihan. Oleh itu benda putih kuning itu adalahminyak yang berlebihandan bercampur dengan bakteria.
Pasti ramai antara kita yang beranggapan bahawa jerawat kita akan sembuh dengan cepat jika benda putih kuning itu berjaya dikeluarkan apabila jerawat kita masak. Sebenarnya anggapan tersebut tidak tepat 100% kerana jika cara picitan kita tidak betul akan mengakibatkan bakteria mudah masuk dan menyebabkan jerawat kita lebih teruk serta meninggalkanbekas jerawatatau parut jerawat.
Oleh itu, kalau anda rasa nak picit jerawat anda, pastikan anda tahu cara yang betul. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, anda mungkin boleh mengikut tips mengatasimasalah jerawat terukyang dikongsi oleh lelaki ini.
Sumber: citeheboh
No comments:
Post a Comment