Komen Alyah Apabila Nabil Selalu Bahan Perkahwinannya Dengan Dato Ramli MS Di Gegar Vaganza


Di pentas Gegar Vaganza, pengacara iaitu Nabil dan Jihan selalu mengusik dan menjadikan perkahwinan Dato Ramli MS dan Alyah sebagai bahan jenaka.

Dato Ramli MS merupakan juri tetap untuk rancangan realiti Gegar Vaganza musim kedua ini.

Ini respon dari Alyah tentang hal ini:

“Saya belum tengok lagi GV2 kerana hujung minggu saya bekerja, tetapi tahu mengenai usikan Nabil itu menerusi kawan-kawan. 

“Saya tahu Nabil seorang yang gila-gila, walaupun ada sesetengah orang berpendapat usikan Nabil itu keterlaluan tetapi saya tak pernah rasa apa-apa pun,” katanya kepada Astro Gempak.

“Datuk tak pernah pun bercerita tentang Nabil yang selalu menyakatnya, kerana kami tidak pernah mencampuri urusan kerja masing-masing"

Nampaknya Alyah langsung tak terguris dengan lawak Nabil itu. Malah, Ramli MS pun tiada bererita tentang lawak Nabil itu di rumah.

No comments:

Post a Comment