Kejutan! Inilah 2 Pemain Import Baru JDT Yang Akan Dibawa Masuk Menggantikan Brian Dan Cabrera

0
COM


'WIN-WIN SITUATION'
Kami di pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menghantar surat tawaran rasmi kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan khidmat pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar dari awal lagi.
Tawaran ini masih dalam rundingan dan akan menjadi satu 'win-win situation' kepada semua pihak yang terlibat dan sekaligus bakal menjadikan ianya perpindahan tertinggi di Malaysia dalam sejarah bola sepak tanah air.
Ini adalah satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab, di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru. JDT pula akan mendapat seorang pemain yang terbukti cemerlang dengan rekod prestasi yang sentiasa mahukan kejayaan.
Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
------
WIN-WIN SITUATION
We as the management of Johor Darul Ta'zim Football Club had sent official offer letter to Kelantan Football Association (KAFA) from the beginning to acquire the service of the Kelantan player, Mohammed Ghaddar.
The deal is still under negotiation and will be a win-win situation for all concerned with this deal becoming the highest domestic transfer in Malaysian football history.
This is a good deal for both clubs, as Kelantan will be able to settle their financial issues and purchase new players and JDT will get an excellent player who has a proven track record and is hungry for success.
Alistair Edwards, Johor Darul Ta'zim FC Sports Director


Manakala Jorge Peyrera Diaz dijangka akan kembali menyarung jersi JDT setelah gagal mendpat tempat di kelab barunya


Bawa Isteri Makan Kedai Tak Bawa Handphone. Apa Jadi Seterusnya Amat MEMELIKKAN !!!

0
COM



 


GAMBAR DIATAS SEKADAR HIASAN
Baru-baru ni saya bawa isteri saya ke sebuah restoran masakan tomyam ala Thailand kat area bandar Batu Pahat ni.
Saya tahu hari tu dia tengah kepenatan yang amat selepas seharian bekerja kat Bahagian Kecemasan Hospital. Untuk meraikan isteri saya yang sedang kepenatan tu, saya memilih untuk ke restoran tu tanpa bawa handphone di tangan. Padahal masa tu bertalu-talu Whatsapp daripada pelanggan masuk. Demi isteri, saya lupakan kejap!Masuk je restoran saya bagi peluang kat isteri nak pilih masakan apa. Dia pilih nak makan Tomyam Poktek Udang Galah. Saya layankan je walaupun saya lebih suka Tomyam Campur. Bila udang galah bercampur dengan sotong, lala dan ketam barulah ada ‘kick’ kan? Demi isteri, saya mengalah je.
Untuk pengetahuan korang Tomyam Poktek ni berbeza sikit daripada tomyam biasa sebab Tomyam Poktek ni dicampur sedikit santan dan susu cair. Sampai je Tomyam Poktek Udang Galah tadi kat meja terbeliak juga la biji mata bila tengok ada 8 ekor udang galah yang terhidang dicampur aroma kuah Tomyam Poktek yang menggaru-garu saraf kat hidung ni. Menusuk-nusuk kesedapan baunya!
Saya tengok isteri saya lahap udang tu macam orang tak ingat dunia. Syok betul! Sambil ratah kepala udang tu sampai ke ekornya, kami berbual bermacam-macam benda. Saya boleh tengok senyuman bahagia isteri saya. Tu dah cukup buat saya bahagia walaupun otak duk fikir Whatsapp pelanggan yang tak berbalas kat dalam kereta sana.
Habis je semua hidangan tu kami lahap, saya rasa satu perasaan yang indah. Terasa PELIK juga. Tak pernah rasa macam ni sebelum ni.Waktu seakan mengalir perlahan dan mengalir dengan begitu indah. Rupa-rupanya sebab selama ni yang menyebabkan keindahan tu tertahan adalah disebabkan handphone je sebenarnya!
Selain membuatkan hubungan suami isteri jadi makin renggang, handphone juga sebenarnya menjadi punca kepada :
+ Perubahan aktiviti otak
+ Perubahan pada pola tidur
+ Gangguan pada alatan perubatan seperti sesetengah alat bantu dengar ( hearing aids ) dan juga ‘pacemaker’ jantung
+ Kadar kemalangan jalan raya meningkat 3-4 kali ganda
Ada ilmu yang saya nak kongsi pada para isteri kat luar sana. Nak tawan hati suami ni, kualiti suasana semasa suami makan tu kena jaga tau.
+ Jangan biar suami makan sendirian. Walau sibuk dengan anak, cubalah sedaya upaya untuk makan bersama suami
+ Jangan main handphone di depan suami yang tengah makan. Suami akan anggap tu tanda korang tak hormat dia. Mungkin dia nampak tak peduli tapi jauh di dalam hati dia akan rasa tak sedap hati. – DR TAUFIQ RAZIF
P/S : Mungkin artikel saya Taufiq Razif agak panjang kali ni tapi insyaAllah akan sangat berbaloi untuk korang amalkan dalam kehidupan berkeluarga korang. Kongsikan juga pada yang masih belum mahir dalam ilmu & seni berumahtangga ye.

Sumber : drtaufiqrazif