Isteri HAIRAN Suami Out Station Tak Bawa Laptop Tapi Bawa Baju Kuning. Segalanya TERBONGKAR Bila Isteri Lihat…

0
COM
 Isteri HAIRAN Suami Out Station Tak Bawa Laptop Tapi Bawa Baju Kuning. Segalanya TERBONGKAR Bila Isteri Lihat… | Hancur luluh hati seorang isteri bila mendapat tahu suaminya bermain cinta dengan perempuan lain yang juga merupakan isteri orang. Perbuatan suaminya itu dapat dihidu apabila si isteri tanpa sengaja telah membaca perbualan suami dengan perempuan berkenaan di Facebook si suami.
“Hati saya kata suami bukan pergi out station. Pertama laptop tak bawa, sedangkan dia kerja tak pernah tinggal laptop. Perempuan itu juga pesan pada dia agar jangan lupa bawa baju kuning yang dibeli Langkawi.
“Suami saya tak pernah pergi Langkawi. Kami di Sabah, Langkawi jauh. Perempuan itu bukan bujang, sudah berkahwin dengan askar tetapi belum ada anak. Dia kerap ditinggalkan suami,” katanya.
Pernah meminta perkongsian lokasi, namun si suami beri alasan masalah internet. Selain itu, si isteri pernah menemui gambar di mana perempuan berkenaan menghantar gambar lucah kepada suaminya.
“Tolong acik, saya nak mati. Apa dosa saya? Kenapa suami buat saya macam ini? Saya nak mati..” katanya.

 


Gambar perbualan WhatsApp yang dikongsikan oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria mengatakan, sekembalinya si suami rumah, mereka bergaduh besar dan hampir saja bercerai.

“Betul. Suaminya bukan out station bekerja tapi bercuti dengan isteri orang yang berniqab itu. Ya. Seperti yang dijangka, bila isteri malang ni scroll mesej di antara suaminya dan perempuan berniqab itu, ada gambar mereka berdua atas katil.

“Rajin-rajinlah periksa telefon dan laptop pasangan kita. Tengok dengan siapa dia berhubung dan apa yang disembangkan. Nak percaya boleh tapi jangan 100%,” katanya. ٍSumber:- The Reporter

Pelik Anak Umur 18 Tahun Minum Susu Botol..Apa Mak Jumpa Dalam Bilik Lagi MENGEJUTKAN !!!

0
COM
Pelik Anak Umur 18 Tahun Minum Susu Botol..Apa Mak Jumpa Dalam Bilik Lagi MENGEJUTKAN !!!
“Anak aku dah besar,sekarang tengah belajar di universiti,bila balik rumah mesti dia minum susu guna botol macam baby,bila buang nanti dia beli lain,satu hari aku masuk bilik alangkah terkejut dalam bilik dia ada……………………………..



Pelik Anak Umur 18 Tahun Minum Susu Botol..Apa Mak Jumpa Dalam Bilik Lagi MENGEJUTKAN !!!|Saya sebagai ibu merasa pelik dengan anak dara saya yang dah berumur 18 tahun, sedang belajar diuniversiti tapi masih juga minum susu pakai botol, sebijik macam baby!


Capture-4.jpg
Susu yang di minum pun susu bubuk baby. Macam-macam cara dah saya cuba buat untuk hentikan kebiasaan anak tapi tak menjadi, botol susu dah tak terhitung saya buang,tapi dia beli lagi dan lagi. Bolehkah puan-puan bantu saya menyelesaikan masalah anak dara saya ini,
saya sendiri tengok dia hisap botol tu nak gelak pun ada tapi menyampah juga,ada kot seratus botol susu berbagai jenama dan dari berbagai negara kat dalam bilik anak saya, dah macam kedai botol susu bilik anak saya,thanks yang bersedia membantu.-KRT

Sumber: kalut-berita

Nak Surprise Atok Di Tanjung Karang. Sekali Kami Pula Yang TERKEJUT Bila Jiran Bagitau

1
COM
Nak Surprise Atok Di Tanjung Karang. Sekali Kami Pula Yang TERKEJUT Bila Jiran Bagitau | Ada satu kisah yang aku nak kongsikan dengan pembaca FS kali ni memandangkan kadang-kadang aku layan la jugak baca kisah seram kat sini dan rasa terpanggil nak kongsi satu cerita ni dengan korang. Kisah ni dilalui sendiri oleh keluarga aku.
Kami ni tiada kampung jadi rumah pakcik nenek aku (kira macam atuk sedara aku la) yang terletak di Tanjung Karang tu la satu-satunya tempat yang kami boleh anggap kampung kami. Jadi dah menjadi kebiasaan nenek aku dan pakcik makcik aku untuk ziarah ke sana sekali sekala.
Satu hari ni, nenek aku ke Tanjung Karang bersama Pakngah, Makngah dan Cik Quza aku konon-konon nak surprise kan atuk sedara aku la kan. Nak dijadikan cerita, aleh-aleh dorang plak yang kena surprise dengan atuk sedara aku tu. Sampai-sampai je rumah tu, bagi salam dan panggil banyak kali tak ada suara yang menyahut. Nak taknak, Cik Quza aku call la atuk sedara aku tu. Atuk sedara aku jawab panggilan dan memberitahu Cik Quza yang dia ke kebun dengan isteri, meracun rumput. Jadi, dia suruh tunggu sementara di rumah jiran hingga dia balik memandangkan agak lama lagi.
Tak lah nak malu sangat tumpang rumah jiran memandangkan nenek aku memang kenal sangat dengan jiran-jiran di situ memandangkan nenek aku membesar kat situ kan. Jarak antara rumah agak jauh tapi masih boleh nampak antara satu sama lain. Memandangkan jiran terdekat di bahagian simpang jalan pun tiada di rumah, rumah jiran terdekat satu lagi jadi pilihan..eh ehhh terpaksa jadi pilihan.
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa aku sebut terpaksa kan kan kan? HAAAni la aku nak cerita ni. Pemilik rumah tu namanya Wak Misnan. Dari dulu lagi semua orang dah sedia tau yang Wak Misnan dan isterinya ada membela. Masa dengar cerita ni zaman aku kecik-kecik dulu, ada jugak aku pernah tanya pada nenek aku, kenapa orang tuduh Wak Misnan ni membela. Nenek aku cakap, selalu orang nampak dorang laki bini kat mana-mana, tapi kadang tu gelagat mereka aneh. Jalan menunduk dan hanya menjawab hmmm jika disapa. Selain itu, mereka juga tidak pernah ziarah mayat. Ada yang kata sebab ada pantang pasal orang membela ni tak boleh ziarah mayat. Ni semua aku tak pasti, aku kurang ilmu tentang ni.
Hahhhpanjang aku punya selok belok kan. Maaf la sebab aku memang kurang arif pendekkan cerita.
Ok, kita sambung masa nenek aku dan robongan mak jemahnya tiba di rumah Wak Misnan lewat petang tu. Kehadiran mereka disambut mesra oleh isteri Wak Misnan, Embah Buyut namanya. Kata Embah Buyut, Wak Misnan ke kebun dan mempersilakan keluarga aku masuk sambil dia ke dapur siapkan minuman. Pakngah aku macam biasa, dia tenang je seperti selalu. Isterinya, Makngah aku yang selalu mendakwa sering nampak benda-benda halus ni (sebab apa aku tak boleh cerita kat sini kalau tak jadi 100 m/s nanti admin blok aku plak..haha) pun masih kelihatan tenang memandangkan dia tak tahu pasal cerita orang kampung. Kalau dia tahu, aku berani cakap dia takkan berani masuk rumah Wak Misnan sebab Makngah aku ni walau kerap nampak macam-macam, dia ni lemah semangat a.k.a penakut. Cik Quza aku tau, jadi dia cuba bagi isyarat pada nenek aku, bertanyakan tak apa ke?. Tapi malangnya Cik Quza aku, bila nenek aku buat isyarat tanda marah sebab Cik Quza aku tak patut cakap begitu.
Menyedari lama sangat Embah Buyut di dapur, nenek aku pun berjalan menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut. Sambil tu, Pakngah aku dah terlena di kerusi panjang ruang tamu. Disebabkan taka da kampung dan sukakan rumah kampung, Cik Quza aku ni pun tertarik untuk menjenguk-jenguk rumah kampung Wak Misnan yang cantik ni.
Masa ingin menuju ke bahagian dapur, Cik Quza ternampak sebuah tangga yang menghubungkan rumah bawah dengan rumah pusaka bahagian atas di sisi kanan rumah Wak Misnan. Sedang Cik Quza membelek ukiran kayu tangga yang sangat halus berseni itu, tiba-tiba Cik Quza ternampak ada seorang perempuan serba putih namun seperti sedang memakai telekung menjengukkan kepalanya dari salah satu pintu bilik belah kanan di rumah bahagian atas. Perempuan itu hanya menjengukkan bahagian mukanya saja. Cik Quza cuba senyum kepada perempuan tersebut tapi senyumannya tidak dibalas.
Tanpa berfikir panjang, Cik Quza meneruskan langkahnya menaiki tangga untuk menjenguk-jenguk kecantikan rumah Wak Misnan di bahagian atas. Perlahan-lahan Cik Quza mengatur langkah, sementara perempuan itu kembali menjengukkan kepalanya di muka pintu bilik. Semakin tinggi anak tangga yang Cik Quza naik, raut wajah perempuan itu semakin bengis. Dari wajahnya menggambarkan yang sepertinya dia sedang benar-benar marah dengan tindakan Cik Quza.
Tiba-tiba, Quza!! Makngah cuba menyentap tangan Cik Quza yang sebelah masih memegang kayu tepi tangga sambil memberi isyarat jangan dengan menggelengkan kepalanya. Cik Quza tersentap dengan panggilan Makngah dan memandangkan perempuan tersebut masih sedang memandang dengan raut muka yang penuh marah, Cik Quza terus membatalkan hasrat untuk menjenguk rumah atas.
Cik Quza bersama Makngah kemudiannya terus ke dapur memandangkan Embah Buyut dan nenek aku terus sedap mengeteh. Lupa agaknya nak bawa hidangan ke depan memandangkan tengah sedap bersembang kan. Cik Quza dan Makngah pun join mengeteh sekali di dapur memandangkan Pakngah masih nyenyak, tak ada tanda-tanda nak bangun mengeteh sama.
Baru-baru saja kedua mereka melabuhkan punggung ke lantai, kebetulan nenek aku mengajukan soalan kepada Embah Buyut sama ada dia hanya tinggal seorang di rumah sekiranya Wak Misnan ke kebun. Jawab Embah Buyut, dia memang HANYA TINGGAL SEORANG jika Wak Misnan ke mana-mana memandangkan anak tunggalnya bertugas sebagai guru di Sarawak. Mendengar penjelasan Embah Buyut, kedua Makngah dan Cik Quza aku mula gelisah dan percubaan mereka untuk memberitahu sesuatu kepada nenek aku waktu tu di rumah Embah Buyut, tidak berjaya.
Lebih menakutkan kedua mereka, apabila perasan yang sejak dari awal menjemput mereka masuk ke rumah, Embah Buyut sedikitpun tidak pernah memandang tepat ke mata mereka apabila bercakap walaupun ketika mukanya dinaikkan, anak matanya tetap merewang ke bawah atau ke tempat lain. Hal ni aku pernah jugak dengar yang orang kata, orang membela memang takkan pandang tepat ke mata orang lain. Sebab apa, aku pun tak tau.
Betul ke tidak pun aku tak pasti.
Sedang masih di dapur, dengar bunyi hon motor dipicit beberapa kali dari luar. Kelihatan atuk sedara aku dah balik menunggang motor bersama isterinya. Cik Roza terus mengangkat dulang dan cawan untuk dicuci. Setelah siap, Makngah mengejut Pakngah yang masih lena tak terjaga dek bunyi hon motor tadi. Setelah nenek mengucap terima kasih dan bersalam dengan Embah Buyut, Cik Quza dan Makngah pun menurut dalam ketakutan hingga tergagap-gagap mengucap terima kasih kepada Embah Buyut dan memohon maaf jika menyusahkan sebelum semuanya beredar ke rumah atok sedara aku tu.
Ketika di rumah atuk sedara aku, Cik Quza dan Makngah menceritakan kejadian yang berlaku kepada mereka. Makngah memberitahu yang dia menyentap tangan Cik Quza dan menghalang Cik Quza untuk naik ke atas kerana merasakan sesuatu yang tidak kena pada perempuan yang mereka lihat itu. Rautnya begitu menakutkan namun kedua mereka tidak pasti siapakah sebenarnya perempuan marah itu memandangkan Embah hanya SEORANG!
Selepas mendengar cerita itu, atuk sedara aku pun mengiyakan bahawa memang tak ada orang lain melainkan mereka berdua di rumah. Berkemungkinan besar yang dilihat oleh Cik Quza dan Makngah itu adalah makhluk lain yang turut selalu dilihat oleh orang-orang kampung apabila melalui kawasan rumah Wak Misnan. Nenek aku tak cakap banyak melainkan sound Cik Quza aku sikit sebab katanya tak elok menjenguk-jenguk bila ziarah ke rumah orang. Nenek aku win. Ada betul nasihat dia kan.
Sejak tu, atuk sedara aku pesan, kalau nak datang pastikan hubungi dia terlebih dahulu bagi mengelakkan perlu tumpang lama di rumah Wak Misnan, Embah Buyut dan..ehem-ehem mereka. Tapi tak ada sapa pun yang berani balik rumah atuk sedara aku tanpa maklum terlebih dahulu selepas kejadian tu.
Aku harap semua yang sudi baca sampai tahap ni puas hati dengan cerita aku. Kalau tak menarik cara penulisan, maafkan aku sebab ni first time aku menulis cerita selain buat assignment yang berlambak masa study dulu. Aku harap ada pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita kali ni. Tapi, sama ada benar atau tak mereka membela, wallahualam.
Hahhhh sebelum lupa nak bagitau, nama yang aku guna semua nama samaran cumanya pangkat dalam keluarga dan lokasi kejadian adalah benar. Aku ada cerita lagi pasal rumah atuk sedara aku ni, kalau admin izinkan, dan kalau pembaca sudi nak baca cerita aku lagi, nanti baru tulis ok. Tata KREDIT FiksyenShasha.

Sumber: 1citemalaya

Pukul 1 Pagi Aku Terjaga Lihat Rumet Baca Quran. PELIK. Esoknya Dia Bagitau Sebenarnya..

0
COM
 Di sini saya ingin kongsikan satu kisah yang saya sendiri alami, sama ada ia seram ataupun tidak terserah kepada kalian untuk menilai, yang pastinya ini adalah satu pengalaman yang saya sendiri alami bersama teman sebilik saya. Perasaan yang tidak dapat digambarkan, yang pasti ia akan saya ingati.
Kisahnya bermula apabila bermulanya minggu study week iaitu seminggu sebelum peperiksaan bermula. Ada satu malam tu, bagi saya rasakan malam tersebut adalah sama seperti malam-malam sebelumnya namun mungkin berbeza kepada teman sebilik saya iaitu Ayu. Seperti biasa saya akan tidur terlebih dahulu berbanding dengan teman sebilik saya iaitu Ayu, Yaya dan Ila.
Tidur berseorangan di dalam bilik tidak menjadi masalah bagi saya. Bilik tersebut merupakan satu-satunya bilik yang boleh memuatkan sehingga empat orang di dalam rumah tersebut. Bilik-bilik lain hanya boleh memuatkan dua orang pelajar.
Di dalam bilik kami tersebut boleh memuatkan dua buah katil double decker, katil yang saya duduki berada di tepi dinding dan kaitl saya adalah katil yang berada di tingkat bawah, di tingkat atas katil saya pula milik Yaya. Katil double decker satu lagi pula berada di tepi tingkap, tingkap tersebut biasanya kami sentiasa buka kecuali waktu maghrib kami tutup seketika. Biasanya kalau kami tidur kami akan biarkan tingkap tersebut terbuka supaya udara luar dapat masuk dan udara panas di dalam bilik kami dapat disejukkan. Katil yang berhampiran tingkap tersebut bahagian bawah milik Ila dan bahagian atas pula milik Ayu. Di antara katil kami ada sebuah loker, loker tersebut adalah loker saya dan lagi tiga loker berada sederet dari pintu masuk hingga ke tingkap. Ruangan bilik kami agak padat dan sempit.
Hendak dijadikan cerita, pada lewat malam tersebut saya tersedar. Tgk jam dalam pukul 1 pagi. Dalam sayup-sayup kedengaran di telinga saya seperti ada orang yang mengaji. Waktu itu, saya masih memejamkan mata dan badan saya pula masih menghadap ke arah dinding. Tiba-tiba pula saya rasa hendak menoleh ke arah belakang, untuk mengenal pasti dari mana datangnya bunyi tersebut. Berbekalkan samar cahaya saya melihat sekeliling, tiba-tiba mata saya terpaku ke atas katil Ayu.
Saya lihat Ayu terkumat kami membacakan ayat-ayat suci dalam keadaan mata terpejam dan masih terbaring seperti masih tidur. Dalam hati saya berkata bagusnya Ayu tidur sampai mengigau membaca ayat-ayat suci tanpa memikir apa-apa yang pelik. Saya kembali menoleh ke arah dinding untuk sambung tidur.
Tiba-tiba kreekkk!! krekkkk!! bunyi seperti orang memanjat turun katil yang pastinya bukan dari katil yang sedang aku tidur sebab kalau dari katil yang aku tidur sudah pasti gegaran orang nak turun aku akan rasa. Kemudian tapp!! tapp!! tapp!! seperti bunyi orang sedang berlari keluar dari bilik. Eh! siapa pulak yang tak tidur lagi ni? Tadi rasanya tengok katil sebelah macam dua-dua dah tidur, getus hati aku.
Disebabkan perasaan ingin tahu yang kuat, aku kembali menoleh. Aku tengok, Eh! Katil Ayu kosong mana pula Ayu pergi? Hm, mungkin Ayu sambung study kot sebab exam dah nak dekat. Ayu sememangnya seorang pelajar yang bijak dan suka belajar hingga lewat malam. Jadi aku tidak memikirkan apa yang pelik sehingga..
Tapp!! Tap!! Tap!! Bunyi tapak kaki seperti orang masuk bilik, aku tengok Ayu masuk ke bilik membawa Al-Quran ditangannya naik ke atas katil. Aku mula pelik, biasanya Ayu tak pernah mengaji di atas katilnya sebab kebiasaannya Ayu akan mengaji di luar bilik tempat kami sembahyang sahaja. Seperti ada yang aneh aku rasakan sewaktu itu seakan ada yang tak kena dengan si Ayu.
Yaya dan Ila masih tidur. Aku tengok seperti Ayu ketakutan, matanya terpejam terkumat kamit membaca sesuatu, digenggamnya Al-Quran tersebut serat-eratnya. Seakan terlalu takut akan sesuatu, sesuatu yang akan rasakan hanya Ayu yang boleh nampak. Aku bersuara, Ayu awak okay tak?, aku laung kepada Ayu yang berada di atas katilnya di sebelah. Ayu menoleh ke arah aku sambil tersenyum dan memberitahu aku, Okay tak ada apa-apa Tie, Ayu okay. Tie tidurlah Ayu cerita esok, beritahu Ayu kepada aku. Ayu kalau ada-apa beritahu ye?, pesan aku kepada Ayu.
Ayu hanya mengangguk. Aku lihat posisi baringnya berubah, tadi dia tidur kepalanya betul-betul di sebelah loker aku. Tapi ni, dia seolah beralih meletakkan kepalanya di tempat kakinya, seperti terbalik. Tiba-tiba Yaya tersedar dan bangun bertanya kepada Ayu seperti aku. Disebabkan bunyi dari katil aku betul-betul pasti Yaya bangun tapi Yaya seolah-seolah tidak nampak apa-apa yang pelik. Kemudian Yaya kembali tidur seperti orang yang mamai dari tidur.
Aku tidak berpuas hati, hendak bangun dari katil. Tapi tiba-tiba meriding bulu roma aku separuh badan seakan mengisyaratkan ada sesuatu di atas loker aku. Aku batalkan niat, takut juga aku nampak akan sesuatu memandangkan aku sendiri lemah semangat dan entah bila aku tertidur.
Keesokannya, Ayu terkena demam panas. Setelah disoal berulang kali kenapa semalam Ayu nampak pelik, kemudian barulah Ayu memberitahu kepada kami. Rupanya semalam dia ternampak ada makhluk berbaju putih lusuh dan buruk sedang duduk mencangkung di atas loker aku, rambutnya panjang dan matanya merenung tajam ke arah Ayu.
Sewaktu aku bertanya kepada Ayu kenapa?, kata Ayu makhluk tu tampak matanya semakin merah seolah sangat marah dan melarang Ayu dari memberitahu kepadaku. Makhluk tu tidak berganjak dari loker tempat sehinggalah Ayu tertidur akibat kepenatan dalam ketakutan. Rupanya Ayu taknak kami takut sebab tu semalam dia taknak beritahu apa-apa kecuali menyuruh kami untuk tidur. Hm! Memang tepatlah sangkaan aku semalam, seperti ada sesuatu di atas loker.
Bila diberitahu kepada ayah temanku yang agak arif tentang perkara ini, rupanya makhluk tersebut adalah hantu raya yang hanya singgah untuk menganggu memandangkan tingkap bilik kami pun tidak tertutup.
Sekian sahaja kisah kami, ini merupakan kisah benarnya yang kami alami mungkin ada di antara kalian yang pernah mengalaminya. KREDIT FIKSYENSYASYA.

Sumber: ekisah

MAK PANGGIL PLUMBER BETUL PAIP RUMAH APA YG DITEMUI KT SILING BUAT KAMI SEMUA SERAM

0
COM
on Mak Panggil Plumber Betul Paip Rumah Apa Yg Ditemui Kt Siling Buat Kami Semua SERA
1
Keluarga aku merupakan keluarga yang sederhana. Dulu, papa pernah ada 1 business. Bukan business kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Cukup untuk tampung hidup kami sekeluarga. Namun, pada mata orang sekeliling, MUNGKIN zahirnya, keluarga aku seolah-olah senang-lenang. Konon tidur berbantalkan emas. MUNGKIN.
Aku rasa, kisah hidup keluarga aku ni, dah sangat sebati dengan masyarakat melayu. Penuh Hasad Dengki. (PHD) Kawan yang papa tolong, waktu dia susah, dibuang keluarga & papa ambil dia kerja dengan business papa, mulai hanyut.
Masalahnya, dia tarik papa hanyut sekali!! Kami sekeluarga terkontang-kanting. Keadaan kat rumah terbiar. Mama & papa sakan bergaduh. Sampailah 1 saat, aku tengok, mama makin lesu. Kusut. Mama tak macam yang aku kenali! Sangkaan awalku, mungkin depression. Aku yang jaga mak aku, sedih! Mama tak kenal kami siapa; anak yang dikendongnya dulu! Mama mulai sakit teruk, yang doktor sendiri tak tahu apa puncanya. Aku pun buntu.
Bila berlarutan, saudara dekatku suruh berubat dengan ustaz. Bukan satu. Banyak! katanya sihir. Bertahun juga. Bila aku masuk boarding school, mama tak cerita sangat apa yang berlaku. Katanya, semua baik-baik aje. Bila aku asasi, masa tu, business papa tu stable. Boleh nak tanggung aku dengan abang aku study kat universiti.
screen-shot-2016-11-08-at-2-50-24-pm
Dekat rumah, rasa panas je semua. Aku pulak, tinggal dekat rumah sewa. tingkat 4. Bilik aku ada sliding door & aku ada sorang room mate. Kitorang memang jenis suka buka sliding door seluas alam. Malaysia panas kot! ada berapa kali, aku tidur, tiba-tiba aku terkejut! ada benda terbang atas aku! Tengok-tengok, PELESIT bertenggek kat kepala katil, atas kepala aku! Nasiblah room mate aku gagah, tolong bunuhkan. Dia kata macam benda tak elok ni.
Room mate aku ni suka dinner pastu study kat luar terus tau. Ada 1 malam tu, room mate aku keluar macam biasa. Aku lepas maghrib, tidur jap. Bangun-bangun, tengok katil sebelah tu ade kawan aku. Tapi, EHH!! bukan ke minah ni keluar tadi, kata nak study luar. Dah lah baring kaku, tangan atas pusat, macam tengah solat. Aku pun ape lagi. Tegur lah dia! Kot ada problem ke,kan.
Minah! (bukan nama sebenar) kau bukan keluar ke tadi? Awal nau balik!. Pastu, dia boleh toleh pusing kepala dia je pandang aku, tenung aku je tak cakap ape ape. Kelip pun tak. Eh! Dia ni! Pastu aku cakap lah, kau tak jadi keluar eh? Kau dah kenapa baring camtu, pandang aku camtu?. tapi dia buat dek je! cisss! Aku pun takpe lah kalau kau senyap je. aku ngantuk! dia duk tenung je aku tapi aku malas layan.
Tiba-tiba aku terbangun sebab si kawan aku ni buka pintu bilik, nyanyi happy semacam. Aku mamai, duk tanya dia. Eh minah! happy dah? tadi kau baring senyap je. Ade problem ke? Kejapnye keluar. Kawan aku blur, duk cakap, aku baru baliklah ni! kau ni mengigau ni! Aku siap lambai-lambai lagi. Pastu, dah duk argue, bila rasa macam eh. eh. Hmmm, bayang jelah ye apa aku rasa.
Aku memang jenis malas sikit nak dinner luar. Aku punya katil memang menghadap sliding door. Ada satu malam tu, aku study atas katil, guna meja study kecik tu. Pastu aku rasa semacam. Aku dongaklah pandang depan. Ah sudah! Elok je kat depang sliding door tu, tengah duk tenung aku, satu lembaga ni, besar gak lah, dengan rambut mengurai, Cik Ponti. Aku dah nampak,aku buat bodoh. Sebab terkejut sangat. Tergamam. dia pun duk tenung aku kat sliding door tu je. Ada dalam 10 langkah. Sebelah aku ada Quran. Sebab tu kot dia tak masuk. Aku duk baca macam-macam dah dalam hati. Benda ni jadi few times. Aku balik, cerita kat mak aku. Sebab macam-macam jadi bulan tu.
screen-shot-2016-11-08-at-2-51-50-pm
Ada sekali tu aku dengan adik aku tengah tengok TV, sebelah TV, ada tingkap. Aku cakap kat adik aku. Eh dik! Ada orang datang ke? Dia tanya siapa? tu kat tingkap tu. badan macam tegap, tinggi. Duk tercongok je perhati kita. Dia duk nafi tak nampak ape. Tapi memang sumpah, ada je. Banyak kali gak. Kat pintu lah, tingkap lah. Tapi aku stress sebab aku sorang je yang nampak.
Kadang-kadang, abang aku bawak kawan-kawan dia datang rumah. Kawan-kawan dia pulak yang jenis boleh nampak. Masing-masing cuak. weh! rumah kau ni ada macam-macam. Pergi berubat lah! weh! ada benda atas bumbung kau! weh! ada Cik ponti atas bumbung rumah kau! weh! ada lembaga!
Masa tu makin rancak. Aku keluar, kadang-kadang aku rasa benda tu ada ikut. Aku cakap kat kawan aku. Weh. kau rasa kau berani tak? Ada benda ikut kita ni. Dia berdiri sebelah kau Haaa tak berani rupanya dia.
screen-shot-2016-11-08-at-2-52-54-pm
Aku pulak anak perempuan tunggal. Mula-mula aku tak percaya. tapi lepas jumpa macam-macam doktor taktahu punca, aku redha lah. Ada 1 hari tu, mak aku panggil plumber. Suruh betulkan paip & dia nak panjat bumbung. Dia panjat masuk ikut ceiling tu. Lepas tu dia tanya mak aku, kenapa akak letak batu nisan dengan kain kuning kat atas ni? Ahah. Seram kejap. Ustaz kata, ramai orang yang dengki. Ada orang hantar macam-macam kat family aku. Orang tu tak lain tak bukan, kawan papa tu.
Memang macam-macam dia buat, sampai lah business papa lingkup, dia sapu semua. Family aku jatuh tersungkur. Lagi susah dari dulu. Semua harta kena tarik. Semua kereta kena tarik sekelip mata. Aku hampir-hampir nak quit degree sebab time tu pun tak dapat MARA lagi. Sekarang ni, dah bertahun jugak kitorang suffer. Ni, kitorang baru je nak rasa bernafas tenang. Hidup tenang. Tak senang pun macam dulu tapi hidup ala kadar. Boleh lah happy ending kan?! tettttt salah!
screen-shot-2016-11-08-at-2-56-34-pm
Sebab taknak kitorang hidup senang! Asthaghfirullah! Serious, family aku tak senang pun. Setakat mampu nak bayar hutang je sekarang ni. Tunggu jelah malam ni, tepat pukul 9. Replay ayat-ayat Ruqyah aje lah. Persoalannnya, yang aniaya family aku ni, orang terdekat dengan parents aku. Dorang tu jauh lagi senang dari family aku. Kereta harga ratus ribu boleh tukar-tukar. Banyak pulak tu. Tolonglah doakan keselamatan family aku. Aku nak keluarga aku bebas dari mainan dengki manusia & sihir. Aku masih perlukan family aku! Aku tak punya harta. Family aku jelah harta yang aku ada. Nora via IIUM.
Sumber: citeheboh1.png
Sumber: citerheboh

TMJ Umumkan Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru

1
COM


SELAMAT MAJU JAYA BUAT JDT

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka. Luaskan Kuasamu Johor.

-----

ALL THE BEST TO JDT

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, and future national head coach Mario Gomez wishes all the best to Johor Darul Ta'zim FC (JDT) in this evening's match against Gamba Osaka. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Isteri Pertama Meninggal. Apa Jd Selepas Suami Kahwin Baru Buat Ramai TERKEJUT !!!

0
COM
 Terima kasih admin sudi publish kisah aku ni.. Tiba2 diri ini rasa nak bercerita tentang isteri aku. Atau lebih tepat lagi, isteri kedua aku.

Screen-Shot-2017-01-14-at-5.42.52-PM.jpg

Nama aku Man. Lebih 4tahun yang lalu aku dah pernah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hati aku. Kami bercinta sejak dari sekolah menengah lagi. Aku gelarkan dia Wani la ye. Wani ni seorang gadis pemalu, cantik dan menarik. Tapi umur dia tak panjang. Aku masih ingat lagi kejadian yang dah meragut nyawa Wani. Waktu tu perkahwinan kami tak sampai 4bulan pun lagi..
Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Petang bila balik aku ambil dia dari kolej. Tak tahu kenapa aku terlalu mengantuk time drive petang tu. Wani ajak tukar seat biar dia yang drive tapi aku tak bagi sebab dia baru disahkan hamil dan selalu pening kepala. Entah macam mana kereta kami terbabas. Aku tak ingat apa yang berlaku, sedar2 aku dah kat hospital. Aku dapat tahu aku koma hampir sebulan. Wani? Dia meninggal di tempat kejadian. Dia bukan setakat pergi seorang, tapi dia pergi bersama bakal anak aku juga.
Bayangkanlah perasaan aku macam mana bila orang pertama yang aku cari saat sedar dari koma tu rupa2nya dah tinggalkan aku hampir sebulan yang lalu. Waktu tu aku tak ingat berapa lama aku menangis. Aku tak dapat maafkan diri aku sebab aku punca kemalangan tu berlaku. Aku asyik tertanya2 kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku sekali??
Kenapa aku perlu hadapi semua ni??
Bertahun2 aku meratapi apa yang berlaku..
Sehinggalah dua tahun lepas makabah aku buat keputusan untuk carikan calon isteri untuk aku. Kata diorang selagi aku tak kahwin, selagi tu hidup aku serabut dan tak dapat lupa apa yang dah jadi dulu. Mula2 aku tak setuju, bagi aku isteri aku hanya satu tiada yang lain. Tapi bila melihatkan kepada makabah aku yang sangat risaukan aku, aku akur. Dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu betapa aku rasa serba salah pada wanita yang akan aku kahwini nanti sebab aku tahu aku takkan dapat mencintai dia. Hati aku dah terkunci mati untuk arwah Wani.
Selang beberapa bulan, aku pun selamat menikah dengan seorang gadis, anak kenalan makabah aku. Senang cerita aku gelarkan dia Ana je lah. Ana ni kalau nak dibandingkan dari segi fizikal dengan Wani memang jauh beza. Dia tak secantik Wani. Yang paling ketara adalah badannya yang berisi atau tak keterlaluan kalau aku katakan gemuk. Tapi kadang2 tengok comel jugak. Haha. Sepanjang awal perkahwinan aku memang tak layan dia baik. Kadang2 aku lagi suka tidur office daripada aku balik menghadap dia dalam keadaan aku serba salah.
Ana ni walaupun tak cantik, tapi hati dia baik. Dia tak pernah mengeluh pun dengan cara aku melayan dia. Segala2nya tentang aku dia jaga, makan minum pakaian aku semua dia jaga. Cuma satu je aku tak tahan mula2 tu, dia banyak cakap. Ada je benda nak cerita. Aku? Dengar macam tak dengar je. Sejujurnya mula2 aku memang malas nak layan dia. Tapi kadang2 aku tertarik jugak dengan cara dia bercerita. Kelakar pun ada. Cikgu tadika la katakan, memang suka bercerita agaknya. Kalau sehari tak bercerita memang tak sah.
Lagi satu Ana ni jenis kepoh dan peramah. Bayangkanlah saudara mara aku lagi rapat dengan dia berbanding aku. Semua orang dia nak tegur. Jiran2 aku pun semua dia kenal dah. Aku sendiri pun tak kenal jiran aku sangat. Ana ni jugak tak berapa pandai masak. Beza dengan Wani dulu. Tapi Ana suka mencuba. Setiap kali dia masak, dia akan paksa aku makan dan bagi komen. Kalau sedap, dia akan buat lagi dan bagi kat jiran2. Aku pulak naik tersipu2 bila jiran2 aku puji isteri aku macam2.
Lama2 aku rasa hati aku terbuka untuk terima Ana. Sikap dia yang bersahaja dan suka ketawa tu sedikit sebanyak buat aku lupa kesedihan aku yang dulu. Hari2 aku jadi semakin ceria. Dia pun memang jenis yang sangat memahami. Pendek kata Ana ni memang ada ciri2 isteri yang perfect cuma ada masalah dengan obesiti saja. Itu bagi aku.
Kemudian ada satu hari tu dia menyatakan hasrat nak kurus dan paksa aku jadi coach dia..Ya, paksa. Dan aku pun terpaksa melayan karenah dia sebab aku dah mula sayangkan dia. Tiap2 petang aku rushing balik rumah semata2 nak temankan dia jogging kat taman. Disebabkan selalu melayan karenah dia, hubungan aku dengan dia makin rapat.
Satu hari tu aku perasan gambar arwah Wani dalam gallery phone Ana. Aku pelik so aku pun tanya dia apa tujuan dia simpan gambar Wani ni? Rupa2nya gambar tu penyebab dia berusaha nak kuruskan badan. Dia nak aku tertarik dengan dia sama macam aku tertarik dengan arwah Wani dulu. Dia tahu aku mungkin takkan boleh cintakan dia sama macam aku cintakan Wani, tapi sekurang2nya dia tak nak nampak hodoh dan selekeh depan aku. Dia tak nak kalah dengan arwah Wani.
Waktu tu aku rasa kesian dan serba salah pun ada.. Jujur aku katakan, memang aku tertarik dan jatuh cinta dengan arwah Wani dulu sebab kecantikan dia. Tapi dengan Ana, sikap dia yang sabar dan baik hati tu yang buat aku tertarik dan jatuh cinta pada dia. Rupa, lama2 akan luput jua. Tapi peribadi yang baik, sampai bila2 takkan luput dari ingatan. Aku tahu perkahwinan kedua ni memang satu hikmah buat aku. Selama ni aku tak berlaku adil pada Ana. Hampir setahun kot tapi Ana langsung tak pernah mengungkit walaupun sekali. Kejamnya aku!
Aku suruh Ana buang gambar arwah Wani dan aku pun buat perkara yang sama. Segala kenangan dengan arwah aku simpan jauh2. Tapi azam nak kurus tetap diteruskan jugak. Bukan sebab aku nak Ana jadi cantik macam model, tapi aku nak Ana sihat. Sejak haritu aku memang nekad nak jaga Ana baik2. Bila aku sedar yang obesiti tu boleh mengancam nyawa, aku sedaya upaya bantu apa yang patut. Aku jaga pemakanan Ana, support dia untuk jadi sihat. Aku tak nak Ana sakit. Cukuplah aku pernah kehilangan Wani dulu disebabkan kecuaian aku. Aku tak nak rasa lagi perasaan kehilangan untuk kali keduanya..
Sekarang lepas dah beberapa bulan jalani regim diet cara aku, Ana dah dapat berat badan yang ideal. Dia pun dah semakin sihat. Kalau dulu dia ada darah tinggi, kolestrol tinggi segala2nya tinggi, sekarang tak ada lagi dah semua tu. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni bila dah hamil pun aku tak perlu risau sangat sebab dia pun dah terbiasa dengan healthy lifestyle yang aku terapkan selama ni. Aku harap semuanya berjalan lancar dan anak kami nanti dapat lahir dengan sihat. Amiin.
>> Kadang2 kita terlalu hidup dalam kenangan sehingga kita lupa pada anugerah yang Allah berikan dihadapan kita. Hargai dan syukurilah mereka selagi mereka masih bernyawa..<< Sumber Man via IIUM.

TAHNIAH... Selepas putus cinta dengan Fattah Amin, Neelofa buat kejutan umumkan teman lelaki baru yang kacak dan kaya ini.

0
COM
Neelofa Mengaku Sedang Berkawan Dengan Kerabat Diraja
Pengacara dan pelakon Neelofa mengesahkan dirinya sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja.
 
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, mengakui gosip tersebut, namun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan yang sedang terjalin.
 
Neelofa lebih selesa mengatakan yang hubungan yang terjalin antara mereka hanya sekadar kawan.
 
"Saya dan dia memang sedang berkawan. Saya tidak nafikan perkara tersebut. Dia memang seorang sahabat yang baik.
 
"Berada dalam kedudukan saya sebagai seorang selebriti dan kedudukan dirinya sebagai seorang kerabat, kami tak mudah untuk lari daripada andaian orang lain.
 
"Saya sendiri sudah bersiap sedia dengan segala andaian orang kerana masing-masing masih solo," kata Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe untuk jenama hijab miliknya, Naelofar sebentar tadi.
 
Pengacara rancangan MeleTop itu juga merayu agar dirinya tidak ditekan dengan persoalan yang tidak sepatutnya dibangkitkan.
 
"Saya harap semua pihak dapat memahami kedudukan saya. Bagi saya ruang, saya tak mahu keruhkan keadaan.
 
"Hancur hati saya apabila membaca atau mendengar komen yang tidak sepatutnya mengenai perkara sebegini.
 
"Saya pilih perkataan 'berkawan' untuk menjelaskan status hubungan kami. Saya sendiri enggan berkongsi dengan lebih lanjut.
 
"Anda semua pastinya bijak untuk menilai adakah saya layak atau tidak untuk memberikan komen mengenai hubungan kami," katanya lagi.
Teks Oleh: Kamaruddin Razal

Sumber : Astro Gempak

‘Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa’. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!!

0
COM
loading...
loading...
‘Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa’. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!! | Saya nak kongsi kisah saya dengan isteri. Kami sudah 7 tahun berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak. Isteri saya ini cantik, comel, manja, pandai memasak dan pandai menjaga hati saya serta menghormati saya sebagai suami.

Dulu saya susah, pernah diberhentikan kerja. Saya hanya mampu memberi isteri makan telur dengan kicap sahaja. Pernah sekali di mana selama sebulan kami makan ikan kering, telur kicap sahaja. Tetapi isteri tidak pernah mengeluh.
Jiran-jiran beli barang kemas baru, isteri tak pernah bersuara apa-apa pun. Jiran dapat shopping baju baru, isteri relax saja dan tak pernah merungut apa-apa tentang kesusahan yang dia alami.
Kami sama-sama mencari kangkung di parit pun, dia masih mampu ketawa terbahak-bahak sebab dia cari kangkung sampai tergolek-golek dalam parit. Hahaha! Lawaklah si comel saya ini. Sayang betul pada dia, satu-satunya perempuan yang sanggup susah senang bersama saya.
Saya selalu minta maaf pada isteri sebab tidak mampu belikan dia apa-apa. Tetapi dia sentiasa bisikkan ke telinga saya. “Selagi saya hidup, saya akan menjadi pendamping abang walau sesulit mana,” katanya.
Kami dikurniakan anak kembar dua. Alhamdulillah, semakin lama rezeki kami semakin bertambah. Kini hidup saya dan keluarga lebih senang, ada perniagaan sendiri. Tidak lupa juga saya sentiasa membawa si comel iaitu isteri saya yang sentiasa ada dalam susah dan senang.
Sekarang saya mampu membelikan apa sahaja yang dia teringin miliki dari dulu. Saya selalu berikan dia hadiah, kerana dia banyak berjasa kepada saya. Paling saya nak beri kepada dia adalah seutas gelang emas yang saya tahu dia sangat mengidamkannya.
Tidak lupa juga saya berikan seutas gelang emas yang sama kepada wanita yang hebat juga dalam hidup saya iaitu ibu saya.
Saya bawa mereka pergi bercuti bersama anak-anak. Saya peluk mereka dengan erat kerana merekalah pendamping terhebat dalam hidup saya. Saya sayang si comel saya.
Kepada para suami di luar sana, hargailah isteri dan anak yang banyak berkorban dalam hidup anda. Besar pengorbanan mereka, hormatilah ibu dan isteri kerana isteri juga seorang ibu. Jangan lupa juga pada ibu yang melahirkan kita. KREDIT kakishare

Isteri HAIRAN Kawan Sering Datang Rumah. Segalanya TERBONGKAR Bila Isteri TERJUMPA Sesuatu… |

0
COM


Assalamualaikum, mohon admin hide profil saya ye…Saya nak ceritakan pengalaman saya selama hidup berumah tangga ni. Saya dan bekas suami kahwin muda, kerana tuntutan kerja kami terpaksa pjj faktor ni pun sebab masalah gaji suami yang tak cukup dan saya tak boleh nak berhenti kerja sesuka hati sebab beberapa bayaran utama tiap-tiap bulan saya yang kena bayarkan. Hidup kami berjalan seperti biasa, setiap hujung minggu kami akan berjumpa suami di selatan saya di pantai timur.


                                                        (Gambar Hiasan)

Tapi betul kata orang naluri isteri tak akan pernah silap tentang suaminya. Saya dah mula syak suami saya curang dengan kawan saya sendiri jugak tu. Masa suami saya takda dia boleh datang rumah saya tanpa ada rasa bersalah. Mungkin Allah nak tunjuk kot, suami saya dengan perempuan tu kena tangkap khalwat. Berderai hati saya masa tu Allah saja yang taw dia merayu untuk saya terima dia lagi sampai sanggup bersumpah junjung Al-Quran yang dia takkan lagi buat perangai macam tu, yang dia takkan lagi contact dengan perempuan tu.
Saya sanggup letak tepi sakit hati saya, air mata saya sebab fikir sayangkan rumah tangga walaupun suami buat saya macam tu sikit tak pernah terdetik kat hati saya untuk curang dengan suami tapi benda ni tak habis dekat situ masih lagi jadi. Sampai 1 hari tu saya terjumpa fon yang dia sorok untuk berhubung dengan perempuan tu. Paling luluh lagi hati saya siap ada gambar dia dengan perempuan tu dalam keadaan yang tak sepatutnya tapi saya tak taw la mana silap saya sampai saya boleh lagi maafkan dia lagi. Saya sanggup lagi ketepikan rasa sakit saya tu, air mata ni jangan la cakap Allah saja tahu macam mana perit nya saya telan.
Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan perbelanjaan saya yang tanggung sebab gaji suami sikit sebab dia da wat loan peribadi dulu. Salah saya mungkin sebab terlalu sayangkan suami sampai saya sanggup biarkan hati saya sakit. Kemuncak saya nekad untuk bercerai bila suami kahwin di siam sebab perempuan tu dah mengandung. tuan dan puan taw saya masa taw tu sikit pun saya tak sentuh atau jentik perempuan tu yang saya mampu katakan “demi Allah sampai mati aku takkan maafkan hang” dan mungkin part paling bodoh lagi time tu saya masih lagi sanggup nak terima suami dengan syarat dia ceraikan perempuan tu. Mesti tuan dan puan rasa saya bodoh kan??? tapi semua tu atas sebab saya sayangkan suami.
Satu hari tu masa perempuan tu dah bersalin saya ada p tengok baby tu. Masa tu Allah ja taw macam mana hati saya menangis tengok baby tu. Masa tu saya dah tekad baby tu dan perempuan tu lebih perlukan saya sebab perkahwinan saya dan suami belum dikurniakan anak biarlah saya yang undur diri. Saya minta suami lepaskan saya, berubah la jadi suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga yang baru ni.
Saya dah cakap dekat suami yang saya dah maafkan dia sebab baik buruk dia, dia tetap lelaki yang pernah jadi sebahagian dari hidup saya cuma untuk saya maafkan isteri baru dia tu mungkin agak susah tapi untuk saya bangun balik dari ape yang jadi bukanlah mudah, keluarga kawan-kawan saja yang tahu macam mana derita untuk saya bangun balik tapi alhamdulilah kini saya boleh kembali bangun, boleh kembali senyum dengan hidup sebab saya percaya selepas apa yang Allah duga saya ni pasti akan ada bahagia untk saya selepas ni. Sebelum kantoi diaorang kahwin saya pernah mimpi suami bawa perempuan tu pergi klinik buat pemeriksaan ibu hamil, besar betul kuasa naluri hati yang tuhan anugerahkan buat isteri
Sumber: http://1citemalaya.blogspot.my/

Kol 2 Pagi Di Asrama UITM. Aku Dah Tak Tahan Terus Gi Toilet Walau TAKUT Sebelum Tiba2..

0
COM
Kol 2 Pagi Di Asrama UITM. Aku Dah Tak Tahan Terus Gi Toilet Walau TAKUT Sebelum Tiba2.. | Salam semua. Nama aku Suraya. Dari kecil sampai besar, aku pernah beberapa kali mengalami kes-kes gangguan mistik. Aku bersyukur aku bukanlah seperti mereka yang hijabnya terbuka dan boleh nampak pada bila-bila masa. Kadang-kadang sahaja aku akan nampak, dan selalunya aku diganggu dengan bunyi-bunyian ataupun merasa tidak sedap hati sebelum ada orang di sekelilingku yang kena gangguan.
Aku masa diploma di UiTM dulu pernah duduk kolej asrama. Blok aku jenis 4 orang sebilik. Tandas asrama jenis memanjang, dan bila pusing dari koridor, ada walkway tengah-tengah dan ada 1 tandas di bahagian kiri, dan 1 tandas di bahagian kanan. Setiap 1 tandas ni ada 4 jamban, 4 shower rooms, dan bahagian tengah tandas ada sinki dan tempat basuh baju. Memang besar. Boleh imagine tak? Kira kalau pegi tandas kiri ramai orang, senang je la jalan ke tandas kanan pulak nak tengok ada kosong ke tak.
Ada satu semester ni aku kerap insomnia, so aku hanya akan pegi tandas bahagian kiri sebelum aku tidur pada jam 2 pagi. Mula-mula aku cuak jugak, tapi sebab kadang-kadang aku nampak budak-budak perempuan bergayut tepi balkoni yang dekat dengan toilet, aku rasa kurang sikit seram. Lepas tu selalunya aku akan dengar orang menyanyi-nyanyi masa aku sorang-sorang kat tandas, mungkin dari bilik yang berhampiran atau koridor.
Tapi satu malam ni, sebelum aku keluar ke tandas lagi aku rasa takut sangat. Aku nak cancel tapi habitku adalah membuang air kecil sebelum tidur sebab risau terbangun nak cari tandas. Nak tak nak, aku terpaksa jugak ke tandas pukul 2 pagi macam biasa.
Dari dalam bilik lagi aku dah start ulang-ulang baca ayat kursi sampai ke tandas. Secara kebetulan, minggu tu tandas belah kiri yang aku slalu pegi tu blackout, so aku pegi tandas belah kanan je. Memang rasa meremang seperti diperhati, tak macam biasa. Aku terus gosok gigi, basuh muka dan ke jamban laju-laju. Bila luar tandas je, terus sambung baca ayat qursi sampai masuk bilik sehinggalah aku tertidur. Esok pagi bila aku buka pintu, kawanku Milah yang tinggal di bilik berhampiran tandas terus lari peluk aku dengan gaya dramatik. Aku yang terpinga-pinga pun tanyalah, Awak kenapa?.
Dia cerita kat aku yang malam semalam ada ponti yang datang kacau dia di bilik dia. Mula-mula di katil yang tak bertuan (kawan aku selalu tinggal sorang-sorang, sebab kawan sebilik dia selalu balik rumah abang, dan lagi 2 katil memang takde orang). Dan makin lama makin dekat dengan dia, sampai ke katil dia.. dia selalu gak kena hantar benda sebab mak dia orang bisnes, so kalau orang dengki akan hantar ke family dia.
Aku tanya pukul berapa tu? Kawan aku cakap pukul 2 pagi.. Aku terus cakap, Lah, patutlah kite pun rasa lain macam semalam. Kite kena lalu bilik awak nak pegi tandas, and tandas tu pun sebelah bilik awak je.
Kawan-kawan aku pun marah aku kenapa aku pegi tandas pukul 2 pagi.
Aku pun cuba defend diri aku dan terangkan kepada mereka yang kadang-kadang ada orang gayut, pastu selalunya ada orang tak tidur lagi sebab aku dengar orang nyanyi-nyanyi.
Mereka semua terdiam. Lepas tu sorang kawan aku tanya, Awak tak pernah dengar pasal hantu menyanyi tu ke?.
Erk.
Tapi honestly, walaupun hantu menyanyi tu kacau, seram dia lain dengan ponti yang dihantar ke kawan aku tu. Mungkin pangkat lagi tinggi kot. Kredit Suraya via FiksyenSyaya.

Sumber: 1citemalaya

KISAH BENAR…!Pelik!! Mak Mertua Aku Tiba Belikan Sarapan.. Lepas Suami Aku Pergi Kerja Baru Aku Tahu Muslihat Sebenar Dia….

0
COM

TUO.JPG
                                            (Gambar Hiasan)
KISAH BENAR…!Pelik!! Mak Mertua Aku Tiba Belikan Sarapan.. Lepas Suami Aku Pergi Kerja Baru Aku Tahu Muslihat Sebenar Dia….


“Maid yg ceritakn segalanya. Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun. Bila suami saya pergi kerja, baru lah TERBONGKAR semuanya… rupa-rupanya…. “


Bapa mertua penah marah n tak bagi jumpa dgn bomoh tu lagi,tapi yg mak mertua ni still degil dan dia akn jumpa secara senyap2.Pagi kejadian bomoh tu datang rumah,sy ada dalam bilik dan bila sy turun mereka dh keluar.Maid yg ceritakn segalanya.Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun.Tiba2 beli,dan banyak kali dia tanya maid, sy makan tak makanan yg dia beli tu.Wallahualam tak tahu la sbab apa.Punca ni la yg merisaukan sy,mungkin mak mertua bole baca kot dari raut wajah sy yg sy marah dgn perbuatan dia bawak balik bomoh.Dia kata sy buat muka dkat dia.
(kod sini)
Ok..nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami sy kena panggil masuk bilik parents dia untuk berbincang, tnpa pengetahuan sy.Mak mertua ckap yg sy ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat sy.Dia jugak cakap selalu nampak kelibat sy dalam rumah tu,padahal sy ada dalam bilik.Mcm2 lagi yg dia burukkan sy.Mungkin dia nak cuba pusing cerita,sebab dia dah terkantoi bwak balik bomoh dkat rumah.Suami sy pulak mcm biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Suami dah lali dngan perangai mak dia sbenarnya,dah banyak kali berbincang dan asyik ckap benda yg sama. Parents dia pesan dkat suami jgn beritahu sy.Sy tak tahu apa2.

Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah.Sy ada wassap mak mertua pagi2 cakap nak keluar.Mak kandung sy dtg jemput sy dirumah.Atas izin suami sy.Bila sy dah keluar mertua lari turun bawah terjerit2 dekat suami yg masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi keja.Mak mertua ckap knp dia keluar rumah pagi2 tak mintak izin aku,nak bawak cucu aku pegi mana!!!

Suami ckap dia dah wassap cakap nak keluar dgn mak dia,tengok la handfon.Yang dia bawak tu anak dia,biarla..Suami ckap yg dia dah izinkan.Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pegi keja.Suami cakap dia dah mcm kena rasuk menjerit2 tak puas hati.Mak mertua suruh jugak suami col sy supaya balik.Suami tnya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia(pukul).Suami cakap snang hati nak pukul anak org,dia isteri sy,tanggungjawab sy.Suami salam dn cium dahi mak dia dan terus pegi keja.Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.

Sy yg keluar ni tak tahu cerita, smpai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dgn nada yg kasar, tak sempat tanya sbb apa terus putus.Sy col suami tanya knp adik dia suruh balik suami jawap jgn balik.Suami dh balik keja baru sy balik.

Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju2,ambil yg penting dulu..Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua.Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yg kami keluar.Bermula la episod kami dibuang keluarga.Sampai skarang still tak berbaik.Suami sy pulak dah digelar anak derhaka.Cerita sy pulak dah mcm cerita artis.Semua org dh pndang serong dgn sy.

Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sgtLa tinggi..Dan sampai skarng jugak sy masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir.Setelah kami pindah baru sy tahu slama ni sy dah terkena sihir pemisah.Sampai skarang masih tidak baik.Wallahualam sape yg buat sy berdoa agar dia cepat bertaubat.Cuma sy kesiankan suami,syurga dia bwah tapak kaki ibu dia..Jadi mcm ni serba salah dibuatnye.Sebabkan mak dia terlampau ganas, sbb tu suami bawak sy pindah.Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal sy berdua dgn mak dia kat rumah.

Ohhh..peranan bapak mertua sy dlam cerita ni,dia umpama dinding sahaja.Tak mampu buat apa2 keputusan.Bagi dia cakap isteri dia saja yg betol. Terima kasih sudi baca yer,maaf panjang benar.






Sumber: makjemahhot