Kejutan! Inilah 2 Pemain Import Baru JDT Yang Akan Dibawa Masuk Menggantikan Brian Dan Cabrera

0
COM


'WIN-WIN SITUATION'
Kami di pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menghantar surat tawaran rasmi kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan khidmat pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar dari awal lagi.
Tawaran ini masih dalam rundingan dan akan menjadi satu 'win-win situation' kepada semua pihak yang terlibat dan sekaligus bakal menjadikan ianya perpindahan tertinggi di Malaysia dalam sejarah bola sepak tanah air.
Ini adalah satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab, di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru. JDT pula akan mendapat seorang pemain yang terbukti cemerlang dengan rekod prestasi yang sentiasa mahukan kejayaan.
Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
------
WIN-WIN SITUATION
We as the management of Johor Darul Ta'zim Football Club had sent official offer letter to Kelantan Football Association (KAFA) from the beginning to acquire the service of the Kelantan player, Mohammed Ghaddar.
The deal is still under negotiation and will be a win-win situation for all concerned with this deal becoming the highest domestic transfer in Malaysian football history.
This is a good deal for both clubs, as Kelantan will be able to settle their financial issues and purchase new players and JDT will get an excellent player who has a proven track record and is hungry for success.
Alistair Edwards, Johor Darul Ta'zim FC Sports Director


Manakala Jorge Peyrera Diaz dijangka akan kembali menyarung jersi JDT setelah gagal mendpat tempat di kelab barunya


Bawa Isteri Makan Kedai Tak Bawa Handphone. Apa Jadi Seterusnya Amat MEMELIKKAN !!!

0
COM



 


GAMBAR DIATAS SEKADAR HIASAN
Baru-baru ni saya bawa isteri saya ke sebuah restoran masakan tomyam ala Thailand kat area bandar Batu Pahat ni.
Saya tahu hari tu dia tengah kepenatan yang amat selepas seharian bekerja kat Bahagian Kecemasan Hospital. Untuk meraikan isteri saya yang sedang kepenatan tu, saya memilih untuk ke restoran tu tanpa bawa handphone di tangan. Padahal masa tu bertalu-talu Whatsapp daripada pelanggan masuk. Demi isteri, saya lupakan kejap!Masuk je restoran saya bagi peluang kat isteri nak pilih masakan apa. Dia pilih nak makan Tomyam Poktek Udang Galah. Saya layankan je walaupun saya lebih suka Tomyam Campur. Bila udang galah bercampur dengan sotong, lala dan ketam barulah ada ‘kick’ kan? Demi isteri, saya mengalah je.
Untuk pengetahuan korang Tomyam Poktek ni berbeza sikit daripada tomyam biasa sebab Tomyam Poktek ni dicampur sedikit santan dan susu cair. Sampai je Tomyam Poktek Udang Galah tadi kat meja terbeliak juga la biji mata bila tengok ada 8 ekor udang galah yang terhidang dicampur aroma kuah Tomyam Poktek yang menggaru-garu saraf kat hidung ni. Menusuk-nusuk kesedapan baunya!
Saya tengok isteri saya lahap udang tu macam orang tak ingat dunia. Syok betul! Sambil ratah kepala udang tu sampai ke ekornya, kami berbual bermacam-macam benda. Saya boleh tengok senyuman bahagia isteri saya. Tu dah cukup buat saya bahagia walaupun otak duk fikir Whatsapp pelanggan yang tak berbalas kat dalam kereta sana.
Habis je semua hidangan tu kami lahap, saya rasa satu perasaan yang indah. Terasa PELIK juga. Tak pernah rasa macam ni sebelum ni.Waktu seakan mengalir perlahan dan mengalir dengan begitu indah. Rupa-rupanya sebab selama ni yang menyebabkan keindahan tu tertahan adalah disebabkan handphone je sebenarnya!
Selain membuatkan hubungan suami isteri jadi makin renggang, handphone juga sebenarnya menjadi punca kepada :
+ Perubahan aktiviti otak
+ Perubahan pada pola tidur
+ Gangguan pada alatan perubatan seperti sesetengah alat bantu dengar ( hearing aids ) dan juga ‘pacemaker’ jantung
+ Kadar kemalangan jalan raya meningkat 3-4 kali ganda
Ada ilmu yang saya nak kongsi pada para isteri kat luar sana. Nak tawan hati suami ni, kualiti suasana semasa suami makan tu kena jaga tau.
+ Jangan biar suami makan sendirian. Walau sibuk dengan anak, cubalah sedaya upaya untuk makan bersama suami
+ Jangan main handphone di depan suami yang tengah makan. Suami akan anggap tu tanda korang tak hormat dia. Mungkin dia nampak tak peduli tapi jauh di dalam hati dia akan rasa tak sedap hati. – DR TAUFIQ RAZIF
P/S : Mungkin artikel saya Taufiq Razif agak panjang kali ni tapi insyaAllah akan sangat berbaloi untuk korang amalkan dalam kehidupan berkeluarga korang. Kongsikan juga pada yang masih belum mahir dalam ilmu & seni berumahtangga ye.

Sumber : drtaufiqrazif



 

Anak Tidak Mahu Ke Sekolah Sebab Tiada ‘Hp’. Apa Yg Si Bapa Ini Lakukan Demi Anak Buat Ramai SEBAK !!!

0
COM

 

Anak Tidak Mahu Ke Sekolah Sebab Tiada ‘Hp’. Apa Yg Si Bapa Ini Lakukan Demi Anak Buat Ramai SEBAK !!! | Ibu dan bapa mana yang tak sayangkan anaknya, kan? Sama seperti kisah seorang bapa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya ini.
Kisah yang berlaku di Indonesia ini menjadi viral di laman sosial kerana bapa ini dikatakan sanggup mengumpul duit demi membelikan anaknya sebuah telefon pintar.
Menurut halaman Facebook Meme & Rage Comic Indonesia (MRCI) pada Khamis lalu, anak perempuan kepada lelaki ini tidak mahu ke sekolah sekiranya bapa nya tidak membelikan telefon kepadanya.
Lebih menyedihkan, bapa ini membawa sejumlah wang berjumlah RM2000 dalam beg plastik.
Bapa kepada gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Gadis Sanggup Jual Diri 23k Di Wechat Untuk Rawat Ibu. Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!

0
COM

 


Gadis Sanggup Jual Diri 23k Di Wechat Untuk Rawat Ibu. Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!! | Bagi setiap manusia di muka bumi ini, sebuah keluarga pastilah sangat berharga, khususnya kedua orang tua. Seseorang akan sanggup melakukan apa saja demi membuat orang tuanya bahagia.
Sama seperti Cao Mengyuan, Gadis 19 tahun ini sanggup menjual dirinya di media sosial untuk menyelamatkan ibunya yang menderita kanser kulit. Dia mengambil keputusan membuat iklan untuk menjual dirinya sendiri di WeChat.
Dalam postingnya, Cao memberitahu ibunya yang kini berusia 45 tahun disahkan mengidap kanser kulit.
Oleh karena itu dia memerlukankan banyak wang untuk membiayai kos rawatan ibunya.
Cao juga menulis : “Saya berharap ada orang baik hati yang membeli saya, jadi ibu boleh menjalani pembedahan. Saya akan melakukan apa saja yang pembeli minta. Yang saya katakan ini adalah benar. Saya akan menjual diri kepada sesiapa yang memberi harga yang tertinggi.”
Gadis yang berasal dari Tiongkok ini memerlukan 350.000 Yuan atau sekitar Rp 670 juta untuk membiayai kos perubatan ibunya. Berasal dari keluarga petani miskin membuatnya mengalami nasib berat seperti ini.
Keluarga Cao tidak memiliki insurans kesihatan sehingga menjadikan semua kos menjadi lebih mahal.
Kisah Cao ini kemudian diketahui oleh Huang Qiliang, seorang pengelola badan amal di Tiongkok, Gong Yi Pai Ke.
Organisasi ini memiliki peranan sebagai pemcari dana untuk orang yang memerlukan bantuan pendidikan atau kesihatan.
Beruntung bagi Cao dan ibunya, Huang Qiliang melihat luahan Cao dan dia bersedia menanggung semua biaya perubatan si ibu.
“Semuanya telah selesai, Cao tak perlu menjual apa-apa sekarang,” kata Huang Qiliang.
Sumber:- Dailymail

Kisah Pemandu Wanita Memandu Awal Pagi Berseorangan Di Highway & Akhirnya … !!!

0
COM
Kisah Pemandu Wanita Memandu Awal Pagi Berseorangan Di Highway & Akhirnya … !!!| My name is Elly. Sebelum ni aku ade post artikel bertajuk JAM 3 PAGI. Itu berdasarkan kisah benar. Hari tu aku ade terbaca artikel FS bertajuk HENTIAN REHAT LEBUHRAYA. Ia mengingatkan aku kejadian seram suam kuku sewaktu aku drive balik ke dalam 8 tahun lepas.
Aku ni seorang wanita yang suka drive awal pagi balik ke kampung. Kampung aku di Lumut, Perak. So kalau aku drive dari KL ke Lumut, aku akan ikot highway PLUS Utara-Selatan, exit di Bidor. Aku balik ke Lumut, seperti biasa, akan gerak jam 3 atau 4 pagi dari rumah, jadi aku boleh drive bertenang-tenang, dan kebiasaannye akan sampai ke exit Bidor dalam jam 7am. Kalau awal, aku akan rehat di hentian sebelah Ladang Bikam. Kat situ ramai jugak orang melepak tido awal-awal pagi.
Nak dijadikan sebab, pagi tu aku gerak awal. Tepat jam 4.30 am. Aku da singgah drive-thru McD kat Kota Damansara pun, masih awal aku sampai hentian sebelah Ladang Bikam. Aku sampai di situ dalam jam 6.00 am. Aku pun melenakan diri dalam kereta tapi tak lama. Walaupun sebelum tu aku rase sangat mengantuk, tapi hanya lena dalam 15 minit, aku dah rasa sangat puas. Terkebil-kebil mata konon nak tunggu jam 6.45am untuk mulakan perjalan kembali, tapi rasa bosan dan dah tak boleh nak lena lagi. Exit Bidor memang dah tak jauh je pun. So, aku decide untuk teruskan je perjalanan. Waktu baru jam 6.20am macam tu.
Kereta yang dipandu melepasi tol di exit Bidor dalam jam 6.30am. Sambil berangan, aku menyanyi ikut rentak lagu mp3 kereta agak kuat. Tengah sedap drive, sampai area corner lipat kat Ladang Bikam (sesapa yang biase lalu dari Bidor nak ke Teluk Intan ikot jalan Bidor, mesti tau tempat ni, ada replika buah besar kat situ), dan aku masih sedap melalak ikut lagu, tetiba bunyik kuat di atas bumbung kereta. Bunyi seperti buah kelapa jatuh atas bumbung kereta. Serta merta aku senyap!
Pagi tu aku pakai sweater yang ade hud. Slowly aku tarik hud sweater sampai nampak mata je. Terkumat kamit mulut membaca ayat-ayat suci, tetapi bertabur jugak la. Menyesal pun ada time tu. Aku cuma berdoa supaya apepun yang jatuh atas bumbung kereta, tak sergah kat cermin depan.
Hahahaha.
Rase gerun makin tebal bila tiada kereta lain masa tu. Gelap sangat. Kiri kanan jalan penuh kelapa sawit, dan jarak pokok sawit dengan jalan lingkungan dalam 5 atau 6 meter, sebab ada parit di antara jalan dan pokok sawit tu. Aku jeling kiri kanan, takde nampak pun pokok besar (nak sedapkan hati, konon just dahan jatuh). Aku tengok pokok sawit tu pun takde la setinggi mana, tinggi sikit dari kereta aku je. Dah tu, jalan raya tu tinggi lagi dari kawasan pokok sawit tu. Mula la lagi gerun. Keadaan memang gelap gelita. Lepas tu sayup-sayup aku nampak cahaya dari arah bertentangan. Tak sudah-sudah aku ucapkan
Alhamdulillah dalam hati. Rupanya ade lori besar, kontena kot, dari arah bertentangan. Aku memang pasang lampu tinggi, so bila nampak ade kenderaan lain nak berselisih, aku turunkan lampu tinggi. Tapi bila dah dekat, pemandu lori tu bagi high beam. Bukan sekali, tetapi banyak kali. Aku memang nak nangis dah. Aku dapat rase yang driver lori tu nampak something atas bumbung kete aku. Huhuhuhuhu. Sebab selalu kalau kenderaan berselisih akan bagi sekali dua je high beam, tapi ni banyak kali, sampai la lori tu melepasi kereta aku. Aduhai, siape pulak la tumpang atas bumbung kereta aku nih!
Ape lagi, aku pecut la. Sikit-sikit aku jeling ke arah langit. Harap-harap cepat la cerah. Sambil baca ayat Qursi, aku terus drive tanpa henti. Aku nampak langit dah macam nak cerah, jam da tunjuk jam 7am. Kenderaan lain dah beransur ada di jalan. Lega rase hati. Tapi aku tak berhenti sampai la ke rumah dalam jam 8.15am. Masa nak keluar dari kereta, aku baca ayat apa-apa yang aku tahu, baru keluar dari kereta, terus cek atas bumbung kot ade kesan ape-ape. Hahaha. memang takde kesan ape! Calar ape pun takde! Kalau ikotkan tadi, bunyinye memang boleh lekuk bumbung kereta. Kereta baru cat, tapi takde sikit pun celanya atas bumbung. Aku siap usap lagi bumbung kereta, memang takde sikit pun lekuk dapat di kesan.
Aku tak cerita pada ibu, dah dua tiga minggu baru aku cerita. Sebab confirm kene marah punye lah. Huhuhu. Tapi aku, opkos tak serik travel awal pagi. Selepas kejadian tu pun, masih ade kejadian hampir sama aku lalui. Tapi tak seram sangat. Setakat lalu bawah kereta tu, dah biase. Selagi tak muncul depan muka, InsyaAllah ok lagi.
Nota: mungkin ‘penumpang’ tu tak masuk dalam sebab pagi itu aku loading barang banyak di kerusi penumpang depan dan belakang. Malah memang dah jadi habit, aku loading barang di kerusi penumpang memandangkan aku pemandu single.-Fiksyen Shasha

Akibat Selalu Berjaga Lewat Malam, Buka Pintu Balkoni & Selak Langsir, Akhirnya Pelajar Perempuan Ini Telah… !!!

0
COM
Akibat Selalu Berjaga Lewat Malam, Buka Pintu Balkoni & Selak Langsir, Akhirnya Pelajar Perempuan Ini Telah… !!!|Perkara yang terjadi ini tidaklah meyeramkan,namun masih kekal misteri dan tanda tanya. Kejadian mistik berlaku semasa menuntut di Lembah Pantai beberapa tahun yang lalu. Aku dan Sara masih terjaga meski jam lewat ke angka 1 pagi. Kami masih menyiapkan beberapa tugasan sambil ditemani alunan muzik dan hembusan bayu lembut dari luar. Pintu balkoni dan jendela di buka luas dengan kuakkan langsir rapi diikat tepi. Sudah kebiasaan begitu. Pintu masuk bilik dibuka kecil. Tiba-tiba datang Kak Mia menjenguk di ambang pintu.
“Korang belum tidoq ka? Baguih lah,boleh aku lepak sini,” ujar kak Mia. “Masuk je lah kak, kami pun belum ngantok lagi,” sahut Sara lembut. Seperti kebiasaannya, apabila melepak begitu aku akan siapkan hidangan biskut jagung pasaraya dengan air teh o panas dibuat cicah. Kak Mia membuka bicara. “Aku tak tidoq lagi sebab nak kejut abang Fiq korang koi 3 pagi nanti. Ada match Chelsea vs MU”
Umum kami ketahui Kak Mia peminat kipas susah mati Chelsea dan abang Fiq penyokong tegar MU. Jam menginjak ke 2.15 pagi dan kami masih ralit bersembang diatas lantai simen yang kian membeku hingga tiba-tiba aku sepi.
Telingaku cuba fokus dan mencerna apa yang didengar. Sayu rintihan suaranya. Mendayu-dayu lemah gemalai. Saat itu aku fikir mungkin jiran bilik sebelah berlatih gurindam atau syair. Ku amati suara sayu itu. Bukan pemilik suara penghuni sebelah, atas mahupun bawah. Aku mengensot ke muka pintu balkoni, ku panjangkan leher mengintai silauan cahaya kamar sebelah. Ternyata kamar kiri dan kanan gelap gelita petanda bahawa penghuni nyenyak beradu. Ah, sudah!
Baru kusedari, aku diusik manja “si dia”. Suara lunak merdu yang penuh kesyahduan dan kesayuan menerbitkan rasa seram. “Wahai anak…” antara bait yang ku ingat. Bingkas aku bangkit dan sepantas kilat dengan gelabah aku tutup pintu, tingkap dan tirai kamar. Sara dan Kak Mia diam kehairanan melihat tingkahku. Sejurus itu aku terus lari dan melompat atas katil. Aku tarik gebar hingga kepala menutupi seluruh tubuh.
“Weh, hang jangan macam ni. Nanti lagi “dia” suka”, tegur kak Mia sambil goncang kaki aku. Aku duduk dan bertenang. Suasana sepi. Masing-masing mengunci mulut. Kak Mia pulang ke biliknya, aku dan Sara terus tidur. Aku juga sebolehnya mahu melupakan “gurindam” itu. Esok pagi, aku jumpa Kak Mia. Aku mahu penjelasan lanjut,apa maksud ujarannya malam tadi.
“Akak dengar jugak ka?”
“Dengaq apa”
“Kenapa akak cakap camtu”
“Dah aku tengok hang gelabah pi tutup semua. Lepaih tu dok lari,lompat ataih katil kelubung. Mesti ada something wrong”
“Akak memang tak dengar la?”
“Tak.. dengaq apa?”
“Perempuan macam syair, bergurindam cakap pasal anak..sayu je kak”
“Yaka weh? Aku tak dengaq, tapi masa tu aku rasa meremang satu badan, tak sedap hati. Tiba-tiba pulak hang buat aksi akrobatik. Sah la perasaan aku tu”
Aku tanya Sara, adakah dia juga mendengar atau merasakan sesuatu. Dia hanya geleng kepala. Hampeh!! Sah, “si dia” mengusik aku seorang. Walau apa pun “dia”, aku syukur hanya mendengar dan bukan melihat jelmaannya. Itulah pengalaman mistik aku yang pertama sebelum ada susulan mistik kedua.
Sumber: Fikyen Shasha

MENGEJUTKAN!!SALUTE!! Baru Je Nyanyi Lima Patah Perkataan, SEMUA JURI SERENTAK PUSING KERUSI Mereka! HEBAT Betul Charlie Luske ni…

0
COM

Lagu yang dipopularkan oleh James Brown telah dinyanyikan dengan begitu baik sekali sehingga juri memusingkan kerusi mereka dengan harapan agar Chary Luke akan memilih salah seorang daripada juri tersebut untuk berganding bahu bersama dalam rancangan tersebut.